|0 comments
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

SENARAI GURU 2009

|0 comments
Senarai Guru (KAFA) Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Sungai Tiang (2009)
1. USTAZ NORISYAM B ABD RAZAK (PENGAWAS).
2. USTAZAH UMMU ATIAH BT AHMAD.
3. USTAZAH HAMIDAH BT MOHD NOR.
4. USTAZ FADHIL B SAHANI
5. USTAZAH MAWADDAH BT BAKAR.
6. USTAZAH ROHANI BT MOHD ISA.
7. USTAZAH MASHITOH BT HASSAN
8. USTAZAH ROSMANIZA BT AWANG ABU.
9. USTAZAH WARDAH JAUHARIAH BT OMAR.
10. USTAZAH SITI NORAZLINA BT ISMAIL.
GURU YANG PERNAH BERKHIDMAT UNTUK (KAFA) S.K.K.B.
1. USTAZAH ZAITON BT TALIB MEMOHON MENGUNDUR DIRI PADA 1.4.2008
2. USTAZAH SIDATURDAUD BT HJ TALIB BERTUKAR KE SEKOLAH KEB CHEGAR.
3. USTAZAH SAAYAH BERTUKAR KE SEKOLAH KEB SUNGAITIANG PADA AWAL 2009.
4. USTAZAH RUBAIZAH BT ZAINAL BERHENTI KERANA BERHIJRAH BERSAMA SUAMI.
JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA ATAS DIDIKAN DAN TANGGUNGJAWAB CEMERLANG SEMASA BERSAMA (KAFA) SKBB….TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERJAYA.
|0 comments
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

pelajar cemerlang 8a 2008 (upkk)

|0 comments
|0 comments
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
|0 comments

JAWATAN KOSONG (MUSLIM SAHAJA)

TEMUDUGA SEBAGAI: CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini

|0 comments
|0 comments
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
www.familiazam.com
|0 comments
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari sesaorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)

BERILMU BERAMAL BERTAQWA.

|0 comments

IBUBAPAMU TAHU KAMU LETIH BAHKAN GURUMU JUGA BEGITU,NAMUN JANGAN SESEKALI KELETIHAN MU ITU MU PENGHALANG KEJAYAANMU...KELETIHANMU DALAM MENCARI REDHO ALLAH PASTINYA AKAN TERBALAS DENGAN LIMPAH KASIH ALLAH.
|0 comments
APA ITU TAYAMMUM? BILA DIHARUSKAN TAYAMMUM?
Soalan : Apa itu tayammum? Bila diharuskan tayammum?
Jawapan;
Tayammum bermaksud menggunakan tanah yang baik dan bersih untuk menyapu muka dan dua tangan (hingga ke siku) ketika ketiadaan air atau tidak berupaya menggunakan air. Pensyari'atan tayammum sabit dengan dalil al-Quran iaitu firman Allah dalam surah al-Maidah;
فلم تجدوا ماء
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda;
جعلت لي الأرض مسجدا
"Dijadikan untukku muka bumi (tanah) sebagai masjid dan penyuci (yakni bahan untuk bersuci). Maka sesiapa dari ummatku bertemu dengan solat, maka hendaklah ia menunaikan solat (di mana saja dia berada di atas muka bumi ini)".
Tayammum adalah ganti bagi wudhuk dan juga mandi wajib iaitu ia mengambil tempat keduanya. Oleh itu, orang yang bertayammum sama seperti orang yang mandi atau berwudhuk.
Diharuskan bertayammum bagi kes-kes berikut;
1. Ketika ketiadaan air sama tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk.
2. Tidak mampu menggunakan air seperti sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doctor.
3. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang..
4. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.
5. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas.
6. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya, anjingnua atau sebagainya.
7. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya.
8. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan).
9. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa.
Orang yang bertayammun boleh menunaikan dengan tayammumnya itu solat-solat fardhu, solat jumaat, solat dua hari raya, solat-solat sunat, solat jenazah dan mengerjakan tawaf sekitar Kaabah.

SOALJAWAB

|0 comments

Soalan : Assalamualaikum ustaz.Siapakah sebenarnya dan yang dimaksudkan para sahabat?

Jawapan ;

Para sahabat ialah pengikut-pengikut nabi Muhammad s.a.w. semasa hayat baginda. Menurut takrif ahli-ahli Hadis (al-Muhaddithin); “Sahabat(
الصحابة) bermaksud orang yang sempat bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w., beriman dengan baginda dan ia terus kekal di dalam iman hingga akhir hayat”.[1]

Jumlah tepat para sahabat tidak dapat dipastikan, namun dapat diandaikan bahawa ia melebihi 100 ribu orang. Menurut Abi Zur’ah, bilangan para sahabat ketika kewafatan Nabi s.a.w. ialah 114 ribu orang. Mengikut Imam al-Hakim (w 405H), para sahabat yang meriwayat hadis dari Nabi s.a.w. mencecah 4000 orang. Namun mengikut Imam az-Zahabi (w 748H), hanya 1500 orang sahaja. Sahabat yang terakhir meninggal ialah Abu at-Tufail ‘Amir bin Wailah al-Laisi al-Kinani (
أبو الطفيل عامر بن وائلة الليثي) yang meninggal di Mekah pada tahun 110 hijrah.[2]

Kurun para sahabat adalah kurun yang paling baik sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;

خيرُ النَّاسِ قَرني ثُمَّ الذينَ يلُونَهُم ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُم
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang hidup pada kurunku, kemudian mereka yang hidup pada kurun berikutnya, kemudian mereka yang hidup pada kurun berikutnya”. (Riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Generasi sahabat adalah generasi paling unggul yang dilahirkan oleh Islam. Berkata Asy-Syahid Sayyid Qutb; “Sesungguhnya dakwah Islam telah berjaya mencetuskan satu generasi manusia yang unggul dan istimewa di sepanjang sejarah Islam, bahkan di sepanjang sejarah manusia keseluruhannya iaitu generasi para sahabat. Kemudian generasi seumpama itu tidak pernah muncul lagi untuk kali keduanya. Sememangnya tidak dinafikan adanya beberapa individu dalam lingkungan sejarah yang sama seperti sahabat, namun tidak pernah terjadi selama-lamanya kemunculan kumpulan besar -seumpama kumpulan para sahabat- di satu tempat sebagaimana yang telah berlaku pada peringkat awal kehidupan dakwah ini”. [3]

ABADI SEBUAH KENANGAN 2008

|0 comments
|0 comments

HARAPAN

|0 comments

HARAPAN SEORANG GURU:

PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEBAGAI MANA HARAPAN IBUBAPA KAMU BEGITULAH HARAPANNYA SEORANG GURU,KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI KAMU MENGGEMBIRAKAN KAMI ,MAKA ADALAH TIDAK ADIL BAGI KAMU MEMPERSIAKAN MASA KAMU MEMBIARKANNYA IA PERGI TANPA DIGENGGAM DAN DI MANFAATKAN,WALHAL BUKANLAH KERANA KAMI BAHKAN KERANA KESENANGAN KAMU JUA OLEH ITU JANGAN SESEKALI KAU PALINGKAN MUKAMU DARI NASIHAT KAMI AGAR SAMA BEROLEH KEBAHAGIAAN…UST NORISYAM.

latihan azan kafa skkb

|0 comments

slideshow skkb