CEBISN SIRAH

|1 comments



Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

MAULUDIL RASUL

FIRMAN Allah terhadap Muhammad s.a.w.: "Bukankah Allah dapati engkau yatim, lalu Ia pelihara? Bukankah Ia dapati engkau bingung, lalu Ia tunjuki? Dan bukankah Ia dapati engkau miskin, lalu Ia beri kecukupan?"

Bapanya, Abdullah bin Abdul Muttalib, sudah meninggal dunia dua bulan sebelum ia dilahirkan. Tetapi apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya di dalam keadaan yatim itu, adalah lebih dari ketiadaan yang disebabkan pemergian bapanya itu. Iaitu pemeliharaan ibunya, lalu neneknya dan akhirnya pamannya. Dengan pertumbuhan tubuh dan jiwa sangat wajar, ia menjadi seorang anak yang sangat indah. Mula-mula menjadi pengembala kambing, meningkat menjadi pedagang, menjadi terkenal di tengah orang banyak kerana tingkahlakunya yang indah menarik setiap insan yang mengenalinya, akhirnya kahwin mendapatkan seorang jodoh yang amat ideal, lalu berpengaruh dan berwibawa, menjadi penyantun anak yatim dan orang-orang miskin.

Keyatimannya telah diganti Allah dengan ilmu, pengalaman dan budipekerti. Allah telah mendidiknya dengan pendidikan yang amat baik, mempersiapkan dirinya menjadi pembawa tugas kenabian, kerasulan dan pengembang syariat, sebagai penutup dan semua Nabi dan Rasul. Bahkan ia dijadikan Allah menjadi makhluk terbaik di tengah-tengah makhluk Allah yang banyak.

Kemelaratan yang dideritanya semenjak kecil telah diganti Allah dengan kecukupan, Allah memberkatinya dalam perdagangannya, dalam kehidupannya di tengah ummat manusia dengan nama yang baik, kepercayaan manusia atas dirinya dan akhirnya dengan kesempurnaan agama yang diajarkannya.

Setelah dia mencapai usia enam tahun, dia dibawa ibunya dalam perjalanan jauh dan Makkah ke Madinah untuk mengunjungi keluarganya Bani Najjar, iaitu emak saudara dari sebelah bapanya, dengan maksud mengunjungi rumah tempat bapanya meninggal dunia sebelum ia lahir, juga menziarahi kubur bapanya itu. Muhammad dan ibunya menetap beberapa hari lamanya di tengah tengah keluarga bapanya itu dengan mendapat penghargaan yang sangat baik dari segenap tetangga.

Ketika dalam perjalanan kembali ke Makkah, ibunya sakit, lalu meninggal dunia dan di kuburkan di suatu tempat yang bernama Abwa. Setelah ibunya dikuburkan, semua orang sudah kembali ke rumah masing-masing, tinggallah Muhammad bersama pengasuhnya di dekat kubur itu, terdiam tidak keluar kata, di bawah terik panas matahari padang pasir. Sedang di saat itu ia masih anak kecil berumur enam tahun. Airmatanya mengalir membasahi kubur ibunya, meratapi yang juga sudah bertindak sebagai ganti bapanya. Dengan kematian ibunya ini, tinggallah dia tanpa bapa dan ibu, yatim piatu.

Setelah lama berdiam, dia menoleh keliling, kiranya tidak seorang juga lagi manusia yang berada di tempat itu, selain Ummu Aiman pembantunya.

Ummu Aiman lalu menyapu airmata yang mengalir di pipi Muhammad, sambil berkata menghiburkan dan menenangkan kalbunya, membangkitkan keberanian hatinya menghadapi kesedihan dan kehidupan. Muhammad berkata kepada Ummu Aiman: "Hai, Ummu Aiman, saya sudah kehilangan ibu dan bapa, kehilangan dua naungan yang menaungi kepalaku, sedangkan saya masih dalam perjalanan antara dua negeri, maka ke manakah seharusnya saya menuju sekarang ini, hai Ummu Aiman? Apakah meneruskan perjalanan ke Makkah atau kembali ke Madinah?"

Mendengar pertanyaan ini, meletuslah tangis Ummu Aiman yang selama itu ditahannya. Airmatanya menghujan jatuh membasahi tanah yang tandus itu. Peluh dinginnya mengalir di sekujur badannya, suaranya menjadi serak (parau) ketika dia mencuba menjawab pertanyaan Muhammad dengan pertanyaan pula:

"Ya, ke manakah engkau ingin tuju, hai Muhammad? Apakah kepada bapamu Abdul Muttalib, penghulu (ikutan) bangsa Quraisy, agar engkau bertempat tinggal bersama dia di bawah naungannya?"

Muhammad segera bertanya: "Mengapa engkau katakan bapaku Abdul Muttalib? Bapaku? Jangan dikatakan bapaku, tetapi katakanlah nenekku, sebab bapaku sudah meninggal dan hari ini sudah meninggal pula pengganti bapaku, iaitu ibuku. Ya, Abdul Muttalib adalah nenekku, bapa dan bapaku. Antara saya dan nenekku ada antara, di antara itulah ada paman-pamanku, anak-anak dan paman-pamanku itu, dan saya adalah salah seorang dan mereka yang banyak itu."

Dengan perkataan itu Muhammad membayangkan akan kedudukannya di bawah neneknya, kerana dia adalah satu di antara yang banyak. Jadi tentu lain dengan di bawah ibu atau bapanya sendiri.

Begitulah Muhammad dengan pembantunya, Ummu Aiman, meneruskan perjalanan ke Makkah, lalu Muhammad diserahkan oleh Ummu Aiman kepada datuknya Abdul Muttalib. Abdul Muttalib sangat sedih hatinya ketika menerima cucunya yang amat dicintainya itu.

Kecintaan Abdul Muttalib terhadap Muhammad dan kecintaan Muhammad terhadap Abdul Muttalib sama setara. Demikianlah secara pendek bayangan kehidupan kedua makhluk itu. Tetapi dua tahun kemudian, datuknya yang tercinta ini pun meninggal dunia pula. Tidak kurang kesedihan Muhammad dengan kematian datuknya ini dengan kematian ibunya, malah menurut Muhammad sendiri, adalah lebih sedih.

Ketika orang ramai sudah pulang ke rumahnya masing masing setelah selesai menguburkan datuknya, Muhammad tetap berada di dekat kubur itu menangis dan meratap dengan airmata yang tak putus-putusnya menitis ke bumi yang kering. Berkata ia: "Engkaulah bapaku sesudah bapaku, engkaulah yang telah dapat meringankan penderitaan hidupku, yang selalu mengusapkan tangan membelai kepalaku untuk mengurangkan kesedihan hati dan penderitaanku sepeninggalan ibuku. Apakah sepeninggalanmu, hai datuk, aku akan kembali menderita?"

Muhammad lalu memalingkan mukanya kepada Ummu Aiman yang berada di belakangnya, lalu berkata: "Sekarang ke mana aku harus pergi, ya Ummu Aiman?"

Mendengar kata-kata sedih berkabung dan pertanyaan Muhammad itu, Ummu Aiman tidak dapat menahan airmata sedihnya. Ia menangis sambil meletakkan tangannya di bahu Muhammad, lalu berkata: "Engkau bertanya ke mana, bukankah masih ada bapamu, iaitu Abu Talib, ya Muhammad." Muhammad terdiam sejenak, Ialu berkata: "Bapaku Abu Talib, hai Ummu Aiman? Bukankah bapaku sudah meninggal, begitu juga bapa dan bapaku? Bukankah Abu Talib itu bapa saudaraku, saudara bapaku? Katakanlah ia adalah bapa saudaraku, hai Ummu Aiman. Beliau adalah seorang mulia, terkemuka, mempunyai kehebatan dan kemuliaan, terpandang dalam masyarakatnya. Tetapi bukankah beliau seorang melarat, yang banyak anak, hai Ummu Aiman? Kalau aku engkau serahkan kepada beliau, tentu saja beban beliau akan bertambah berat. Aku tak suka menambah beratnya beban seseorang."

Abu Talib ini adalah seorang yang sangat cinta terhadap Muhammad, tidak kurang dari kecintaan datuknya dan ibunya. Ummu Aiman menyerahkan Muhammad kepada bapa saudaranya, Abu Talib.

Kerana keadaan kehidupan Abu Talib yang melarat itu, maka Muhammad terpaksa berusaha bagaimana dapat meringankan beban pamannya itu. Sekalipun masih kanak-kanak, ia berusaha mendapatkan penghasilan sekalipun bagaimana juga kecilnya. Ia menerima upah menggembalakan kambing orang. Kemudian berdagang-dagang kecil. Pada suatu kali, Muhammad turut berdagang bersama pamannya, Abu Talib, ke Syam. Muhammad mulai mengenal pasar-pasar, berjalan bahu-membahu dengan pedagang-pedagang lainnya.

Di suatu dataran tinggi di Syam, tinggallah seorang pendita bernama Buhaira. Ia memerhatikan setiap orang yang lalu dan pergi ke daerahnya itu. Ia seorang yang amat tekun beribadat menyembah Tuhan, membaca kitab-kitab lama. Di antaranya ia membaca Injil Barnaba, dimana tertulis bahawa Isa al-Masih pernah berkata, bahawa akan datang seorang Rasul sesudahku namanya Ahmad, dan bila Rasul Ahmad ini berjalan akan dilindungi oleh awan.

Pada suatu hari Pendita Buhaira melihat serombongan kafilah Arab datang menuju Syam yang selalu diikuti oleh awan di atasnya. Kafilah ini didatanginya, dipersilakannya mampir di rumah kediamannya. Kafilah ini adalah kafilah yang dipimpin oleh Abu Talib, dimana Muhammad turut serta di dalamnya.

Pendita Buhaira memperhatikan gerak-gerik anak yang bernama Muhammad itu, akhirnya ia yakin bahawa anak itulah yang akan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul sesudah Isa al-Masih a.s. memberi nasihat kepada Abu Talib agar anak ini dijaga baik baik, jangan terlengah dari penjagaan, sebab ia kelak akan menjadi seorang maha penting.

Dengan nasihat dan keyakinan Pendita Buhaira ini, Abu Talib semakin cinta terhadap anak saudaranya yang bernama Muhammad ini. Bukan saja cinta, melainkan ditambah dengan perasaan harap dan hormat.

Begitulah Muhammad hidup di tengah-tengah kaumnya semakin menjadi dewasa, dengan sifat dan akhlak yang indah, sehingga menjadi satu teladan dan buahbibir setiap orang. Tersiarlah bahawa ia seorang pemuda yang boleh dipercayai, yang hidup dari perdagangannya penuh dengan berkat, sehingga banyak pedagang-pedagang besar yang ingin menjadikan Muhammad sebagai pelaksana atau pembantunya.

Yang pertama melamar Muhammad untuk jabatan ini ialah seorang pedagang wanita yang kayaraya bernama Khadijah binti Khuailid, seorang janda muda yang ayu pula. Muhammad diberinya seorang pembantunya. Dalam perdagangan ini Muhammad mendapatkan keuntungan dan simpati yang luarbiasa ke mana saja dia pergi berdagang. Khadijah yang pada mulanya hanya sekadar percaya terhadap Muhammad, lama-lama berubah menjadi hormat dan kagum, akhirnya jatuh cinta kepadanya, sekalipun umurnya lebih tua dari Muhammad.

Akhirnya terjadilah perkahwinan antara keduanya, satu perkahwinan yang amat indah dan ideal sekali, penuh dengan rasa saling mencintai, hormat-menghormati dan percaya-mempercayai.

Khadijahlah isteri yang paling dicintai Rasulullah. Rasulullah tidak pernah kahwin lain semasa Khadijah hidup. Dialah orang yang pertama masuk Islam, ibu untuk semua anak anak Rasulullah selain Ibrahim, ialah wanita pertama yang masuk Syurga, yang membela Rasulullah dengan jiwa, harta dan cintakasihnya di saat Rasulullah mendapat tentangan dari kaumnya. Ketika Khadijah meninggal, Rasulullah sedih sesedih-sedihnya sehingga tahun kematian Khadijah ini dinamai Rasulullah tahun sedih.

Umur empatpuluh tahun Muhammad diangkat Allah menjadi Nabi dan RasulNya, lalu menyebarkan segala wahyu yang diturunkan Allah kepadanya dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. Tiga tahun lamanya ajaran atau wahyu yang diterimanya ini disiarkan dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi sehingga yang beriman hanyalah orang-orang yang dekat kepada Rasulullah saja iaitu Khadijah, Abu Bakar, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Haritsah (budak yang dijadikan anak angkat kesayangan Rasulullah), iaitu bapa Usamah.

Keempat manusia pertama yang masuk Islam ini menjadi lambang Agama Islam sampai hari kiamat. Khadijah adalah seorang wanita, iaitu wanita yang pertama masuk Islam. Abu Bakar adalah seorang tua yang dalam akal dan pemikirannya lambang seorang cendekiawan atau intelek. Ali bin Abu Talib adalah seorang anak atau pemuda, sedang Zaid bin Haritsah adalah seorang budak. Jadi Agama Islam itu dapat diterima oleh wanita, cerdikpandai, anak muda dan golongan budak.

Setelah tiga tahun berdakwah secara sembunyi-sembunyi (diam-diam), dan mendapat beberapa orang pengikut yang masih sedikit jumlahnya, lalu Allah memerintahkan agar berdakwah secara terbuka atau terang-terangan. Maka di saat itu timbullah tentangan-tentangan. Rasulullah memerintahkan manusia untuk menyembah Allah saja, harus meninggalkan tuhan-tuhan mereka yang berupakan berhala-berhala dan lain-lain sembahan. Rasulullah memerintahkan mereka agar meninggalkan segala kejahatan dan mengerjakan kebaikan. Rasulullah mereka tentang, mereka musuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan maki-makian, penghinaan, ancaman-ancaman, dan pembunuhan-pembunuhan. Dua belas tahun lamanya Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau yang masih sedikit jumlahnya itu bekerja, berdakwah dan menyeru mereka di tengah-tengah segala penghinaan, dan penganiayaan itu.

Kerana jumlah mereka masih amat sedikit, mereka tidak mempunyai kekuatan, sedangkan musuh-musuh mereka amat banyak dan kuat, maka Allah perintahkan kepada RasulNya dan para pengikutnya agar bersabar dan tabah menahankan ancaman dan penganiayaan ini. Bagaimana kesabaran dan ketabahan Rasulullah dan para sahabat beliau, sudah sama kita ketahui dengan membaca sejarah beliau dan para sahabat yang lengkap.

Akhirnya Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau diizinkan Allah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka. Sebagaimana mereka diperintahkan Rasulullah pindah ka Habasyah (Ethiopia) dan sebahagian lainnya ke Madinah. Rasulullah bersama Abu Bakar as-Siddiq pun diperintahkan Allah meninggalkan kota Makkah, kerana sudah berdiri gerombolan pemuda-pemuda Quraisy yang akan membunuh beliau di mana saja beliau diketemukan.

Di Madinah Rasulullah mendapatkan pengikut yang makin lama makin ramai jumlahnya. Di antaranya pemuda-pemuda yang ahli bertempur atau ahli-ahli perang, iaitu kaum Ansar. Kerana mendapatkan pengikut, maka musuh-musuh golongan Quraisy menjadi semakin marah. Mereka menyusun suatu kekuatan pasukan yang akan menyerang Muhammad s.a.w. dan para pengikut beliau ke kota Madinah.

Barulah di saat itu Allah memerintahkan Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau kaum Muslimin supaya bersiap-siap untuk melawan atau bertempur, bila diserang oleh musuh-musuh mereka. Sekalipun dengan jumlah yang amat kecil dan musuh dengan jumlah yang amat besar, mereka akan menentang musuh-musuh yang datang menyerang. Terjadilah perang pertama iaitu perang Badar yang amat masyhur itu. Rasulullah dan kaum Muslimin menang, kemenangan yang pertama.

Dalam keadaan bahaya yang amat berat itu, tiba-tiba di Madinah berdiri pula satu golongan manusia yang terdiri dan orang-orang Yahudi, yang juga menyusun kekuatan untuk menghancurkan Rasulullah dan kaum Muslimin. Mula-mula Rasulullah mengajak mereka bekerjasama, tidak serang-menyerang, bebas dengan agama dan penghidupan masing-masing. Bahkan sampai diadakan perjanjian perdamaian dan persahabatan. Tetapi orang orang Yahudi hanya menghormati akan janji itu kalau mereka lemah dan musuh kuat. Setelah Rasulullah berulangkali diserang oleh kaum Musyrikin Makkah, sedang Rasulullah dan pengikutnya amat sedikit jumlahnya, maka orang-orang Yahudi berpendapat, tentu akhirnya Rasulullah dan pengikut-pengikutnya itu akan kalah dan hancur. Maka mereka berusahalah turut menghancurkan dan menyerang kaum Muslimin yang sedikit itu. Keadaan Rasulullah dan kaum Muslimin di Madinah akhirnya menghadapi bahaya amat besar. Dengan tegas Allah memerintahkan Rasulullah dan kaum Muslimin untuk melawan, sekalipun sepuluh menghadapi seratus musuh, atau seratus menghadapi seribu musuh, harus melawan. Bahkan ditegaskan oleh Allah bahawa Allah akan menolong dan akan mengirimkan bantuan-bantuan dari langit.

Begitulah pertempuran demi pertempuran, perang demi perang terjadi antara Rasulullah beserta pengikut-pengikut beliau dengan musuh-musuh mereka yang terdiri dari berbagai-bagai golongan Musyrikin Quraisy, golongan Yahudi dan golongan Munafikin. Dalam pada itu penyebaran Agama Islam diteruskan dengan giatnya. Setiap orang Islam lelaki atau perempuan, anak-anak sekalipun diwajibkan menyebarkan ajaran yang dibawa Rasulullab ini di mana saja mereka berada, di pasar, di medan perang dan lain-lain.

Akhirnya Semenanjung Arab yang luas itu seluruhnya dapat dikuasai oleh Rasulullah, sehingga penyebaran agama semakin meluas, dan sebelum Rasulullah meninggal dunia dalam umur enam puluh tiga tahun, hampir seluruh bangsa Arab sudah memeluk Agama Islam, selain beberapa orang dan golongan saja yang tetap beragama Yahudi atau Nasrani. Lebih-lebih lagi sesudah kota Makkah dapat direbut kembali pada tahun 6 H., musuh-musuh besar Rasulullah berubah menjadi sahabat-sahabat kental dan pejuang-pejuang Islam yang terkenal sampai hari ini.

Setelah bangsa Arab yang bodoh, jahat dan kejam itu masuk Agama Islam, berubahlah segala keadaan mereka. Berubah kepercayaan, berubah akhlak dan budipekerti mereka, menjadi satu bangsa sekalipun kecil tetapi bersatu, sehingga mereka dapat mengalahkan bangsa-bangsa besar sekalipun. Agama Islam tersebar ke timur dan ke barat, adalah sebagai akibat dan ketinggian akhlak dan budipekerti dan tentera-tentera Islam yang menduduki berbagai-bagai daerah. Rahsia dan kemenangan demi kemenangan yang mereka capai itu adalah terletak pada akhlak mereka, dan juga terletak pada kerusakan akhlak dan tentera yang menjadi musuh mereka. Rakyat banyak, laki-laki perempuan menjadi lebih senang dan terjamin keamanan mereka di bawah tentera Islam daripada di bawah pemerintahan atau tentera Rumawi atau Persia, yang memang tentera-tentera yang amat kejam tidak punya perikemanusiaan.

Bangsa-bangsa yang sudah masuk Agama Islam itu mempelajari Kitab Suci al-Quran, membaca dan menghafalkannya, sehingga dalam masa hanya satu abad saja, semua bangsa-bangsa itu menjadi bangsa-bangsa yang berbahasa Arab, bahasa al-Quran. Sungguh al-Quran ini selain Kitab Suci yang menjadi sumber kepercayaan dan hukum ummat Islam, juga merupakan mukjizat terbesar sampai hari ini dan sampai hari kiamat nanti. Ada kemungkinan al-Quran ini akan dipelajari dan dibaca oleh manusia di seluruh dunia, kerana indahnya, hebat isinya dan satu Kitab Suci yang tidak ada keraguan padanya.

Bangsa-bangsa Barat yang sejak abad pertengahan berhasil menjajah bangsa-bangsa Timur yang beragama Islam, mencuba menghancurkan Agama Islam dengan politik kolonialisme dan kristenisasi dalam masa berabad-abad lamanya, tidak berhasil inengkristiankan ummat Islam. Sangat nyata keunggulan Agama Islam ini Akhirnya sesudah perang dunia kedua, ummat Islam terjajah berhasil mencapai kemerdekaan. Bangsa-bangsa Barat mulai sedar, mulai tertarik kepada Islam, mereka pelajari, lalu banyak diantara mereka masuk menjadi pemeluk Agama Islam.



HIJRAH


Dua belas tahun sudah, sejak Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Dua belas tahun sudah beliau menyebarkan Ugama Islam ke tengah-tengah masyarakat Arab yang sedang gelap-gelita, penuh dengan kejahilan dan kejahatan, penuh dengan fanatik buta terhadap agama-agama sesatnya.
Ketika itu ummat Islam hanya sedikit sekali, masih puluhan saja, tetapi halangan dan ancaman sudah ribuan macam dan ragamnya. Semua itu dihadapi Nabi dan orang-orang Islam dengan tabah dan sabar, kerana yakin akan kebenarannya.
Dalam pada itu kota Makkah setiap musim haji (sekali setahun), didatangi manusia bangsa Arab dari dekat dan jauh, untuk menunaikan rukun ugama mereka masing-masing. Yang musyrik secara musyriknya, yang Yahudi secara Yahudinya dan lain-lain kepercayaan, menurut kepercayaannya pula. Kepada mereka itu, Nabi menceburkan diri menerangkan buah ajaran wahyu Ilahi yang diterimanya, dari musim ke musim, dengan tidak henti-hentinya.
Di segenap pelusuk daerah tanah Arab, perang-perang hebat dan rusuhan dahsyat saban hari terjadi. Perang antara suku bangsa dengan suku bangsa, antara kelompok dengan kelompok, bahkan antara ugama dengan ugama.
Yang paling hebat di antara perang-perang itu, ialah perang antara suku bangsa Aus dengan suku bangsa Khazraj yang menetap berdekatan di kota Madinah. Kedua suku bangsa ini asalnya satu keturunan, kedua-duanya terdiri bangsa yang berugama Yahudi fanatik. Belum pernah kedua suku itu hidup damai dan tidak pernah salah satunya merasa kalah. Kedua suku itu termasyhur dikalangan bangsa Arab, orang-orang yang berani dan pandai berperang.
Beberapa orang di antara suku bangsa Arab yang terkemuka bahkan yang bertaraf pendita-pendita, sudah mulai merasa bosan dengan kekacauan dan perang yang terus-menerus itu. Mereka ingin damai dengan suku Khazraj. Untuk membuka pintu perdamaian ini, pergilah mereka dimusim haji ke Makkah, untuk pertolongan bangsa Quraisy mendamaikan antara mereka, kerana bangsa Quraisy itu masih termasuk suku warga mereka juga.
Di tengah-tengah manusia yang ramai ketika berada di Makkah, mereka mendengar akan Nabi Muhammad s.a.w. sedang mengajak manusia kepada damai. Nabi Muhammad mereka dekati, lalu bercakap-cakap dengan Nabi. Nabi lalu membaca beberapa ayat al-Quran buat mereka, serta menerangkan hakikat Ugama Islam dan diterangkan pula, bahawa ia adalah utusan Allah untuk membawa manusia kepada menyembah Allah, menghilangkan kemusyrikan dan kekafiran.
Seorang dari mereka yang datang itu arnat tertarik kepada kata-kata Nabi dan ajarannya itu; orang ini lyas bin Mu'az namanya. Dia menyarankan pendapatnya kepada kawan-kawannya dengan berkata: "Demi Allah, sungguh Muhammad itu adalah Rasul Allah yang sebenarnya, yang kita tunggu-tunggu selama ini."
Mendengar kata-kata ini, maka marahlah Abul Haizar, iaitu temannya sendiri dan lalu memukul muka lyas. Nabi Muhammad diam saja, begitu juga lyas sendiri.
Di musim itu juga, ada pula datang beberapa orang dari suku Khazraj ke Makkah. Nabi pun datang kepada mereka dan berkenalan. Setelah bercakap-cakap, Nabi lalu membacakan beberapa ayat al-Quran dan beberapa pokok Ugama Islam, mereka lalu sama beriman dengan Nabi dan berkata kepada kaumnya sendiri:
"Hai, kaumku! Ketahuilah, bahawa Muhammad itulah Nabi Allah yang telah lama kita tunggu-tunggu, sebagaimana tertulis dalam Taurat."
Kepada Nabi, mereka lalu berkata: "Kami beriman dengan engkau, ya Nabi Allah. Di belakang kami sekarang ini, kaum kami telah pecah-belah menjadi dua golongan, golongan Aus dan golongan Khazraj yang selalu bermusuh-musuhan dan berperang-perangan, bunuh-membunuh. Pelajaran yang kami dapat dari engkau ini akan kami siarkan kepada mereka, mudah-mudahan dapatlah menghilangkan permusuhan yang sudah berjalan lama itu."
Setelah menerima beberapa fatwa dari Nabi, mereka lalu kembali pulang ke Madinah, menyiarkan ayat-ayat Kitab Suci al-Quran ke tengah-tengah masyarakat Yahudi, iaitu kaum mereka itu sendiri. Pekerjaan mereka ini benar-benar mendapat sambutan yang baik sekali dari penduduk Madinah. Mereka masuk Ugama Islam dengan ikhlas, sehingga Ugama Islam tersiar di kota Madinah lebih luas kalau dibandingkan dengan kota Makkah sendiri. Hampir setiap rumah, sudah ada orang yang masuk Ugama Islam.
Khabar ini sampai ke telinga Nabi sendiri; beliau sangat riang dan gembira, kerana harapannya semakin ketara. Tetapi sayang, di Makkah yang terdiri dari bangsa Nabi sendiri, malah mendapat ancaman yang luar biasa, setiap orang yang masuk Ugama Islam diseksa oleh kaum Quraisy.
Tahun berikutnya, datang pula dua belas orang utusan yang terdiri dari suku bangsa Aus dan sepuluh orang dari suku Khazraj berjumpa Nabi. Masing-masing mereka mengumumkan akan keislaman mereka kepada Nabi dan mereka masing-masing bersumpah akan menjalankan syari'at Islam dengan patuh, tidak akan mensyirikkan Tuhan, tidak akan mengerjakan perzinaan dan akan menjauhkan diri dari segala kemungkaran.
Mereka kembali ke Madinah diikuti oleh seorang utusan Nabi yang bernama Mus'ab bin 'Umair, untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang Islam, mengajarkan al-Quran dan pokok-pokok Ugama Islam.
Ugama Islam makin tersiar di kota Madinah, dua suku bangsa yang selama ini sentiasa berperang dan bermusuhan, sekarang hidup damai dan bersatu, bersama-sama menjalankan dan menyiarkan Ugama Islam di sana.
Tahun berikutnya, datang pula bangsa Aus dan Khazraj lelaki perempuan yang berjumlah tujuh puluh dua orang. Mereka bertemu dengan Nabi pada pertengahan hari Tasyriq di tempat yang bernama Aqabah, dekat kota Makkah. Nabi ditemani oleh Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu bapa saudarannya sendiri yang ketika itu masih belum masuk Islam.
Dalam pertemuan itu, dibuatlah satu perjanjian antara mereka yang datang itu dengan Nabi. Dalam perjanjian mana, suku Aus dan Khazraj berjanji akan melindungi bangsa Quraisy yang beragama Islam yang datang ke Madinah, kerana tidak tahan menderita seksaan bangsa Quraisy di kota Makkah.
Dengan tegas al-Barra' bin Ma'rur, sebagai kepala mereka, berkata kepada Nabi: "Kami bersumpah kepada Allah yang telah mengutus engkau, ya Rasulullah, akan melindungi setiap ummat Islam yang hijrah ke Madinah. Kami ini adalah bangsa yang berani dan sanggup berperang."
Tersiarlah Ugama Islam di Madinah dan isi perjanjian ini akhirnya diketahui oleh bangsa Quraisy yang memusuhi Nabi. Mereka menjadi marah dan makin memlipat-gandakan ancaman dan siksaan mereka terhadap siapa saja yang beragama Islam. Di mana bertemu orang Islam, mereka pukul, mereka lempar dan kalau dapat mereka bunuh. Keadaan menjadi genting begitu rupa, sehingga kota Makkah merupakan neraka bagi ummat Islam.
Nabi lalu menganjurkan kepada tiap-tiap orang Islam yang tidak dapat mempertahankan diri, untuk pindah ke Madinah. Mereka ini pun pindahlah, meninggalkan kampung halaman dan harta-bendanya, malah meninggalkan anak dan isteri mereka, untuk mempertahankan ugama dan keimanan yang telah berurat dalam batin mereka.
Ancaman dan penganiayaan semakin menghebat juga, sehingga ummat Islam bukan saja terancam jiwanya, tetapi juga sudah susah sekali menjalankan ibadat ugama mereka sendiri. Mereka diizinkan oleh Nabi berhijrah ke Habasyah.
Ke mana saja ummat Islam itu pindah, baik ke Habasyah, lebih-lebih lagi yang ke Madinah mendapat sambutan yang baik sekali. Di Madinah mereka mendapat sambutan yang baik sekali, mendapat tempat bahkan dipandang keluarga sendiri oleh setiap ummat Islam di kota Madinah.
Keadaan itu diketahui oleh bangsa Quraisy seluruhnya. Mereka berkumpul untuk mengambil putusan dan tindakan selanjutnya akan perkembangan Ugama Islam yang demikian rupa.
Salah seorang di antara mereka mulai membentangkan buah fikirannya: "Kita berkumpul di sini agar masing-masing dapat membentangkan fikiran tentang keadaan diri Muhammad. Masalahnya telah terang, bahawa pengaruh Muhammad sudah melebar di sekitar Makkah.
"Malah sudah sampai ke Madinah. Mungkin akan bertebaran ke segenap pelosok dan negeri lain. Segala ancaman dan seksaan yang telah kita lakukan terhadap pengikut-pengikutnya tidak berbekas sedikit juga terhadap mereka, malah diterimanya dengan tabah dan sabar. Mulanya dengan kematian bapa saudaranya, Abu Talib, kita harapkan bahawa Muhammad akan kehilangan pengaruh. Sekarang timbul bangsa Aus dan Khazraj tulang belakang yang kuat. Mereka meninggalkan anak-isteri mereka, asal tetap memegang ugama mereka. Mereka rupanya rela meninggalkan kampung halamannya pindah ke sana bersama mereka, kemudian akan kembali ke mari mengalahkan kita. Maka sebelum itu terjadi, kita harus dapat mengenyahkan Muhammad, agar pengaruhnya hilang dan daerah ini tetap dapat kita kuasai."
Berkata Abul Bakhtary bin Hisyam: "Tangkap saja Muhammad, ikat dengan rantai besi dan penjarakan rapat-rapat, biar sampai mati kelaparan!"
Fikiran ini dibantah orang banyak dengan berkata: "Fikiran itu tidak baik, tentu sahabat-sahabatnya yang makin banyak itu akan dapat melepaskannya pula."
Berkata pula Abul Aswad Rabi'ah bin 'Amru: "Kita usir saja dari sini, biar dia pergi ke mana saja yang dia sukai."
Pendapat ini pun dibantah orang banyak dengan berkata:
"Pendapat itupun tak ada faedahnya. Kepandaian Muhammad berkata-kata, manis kalimat dan tindakannya, akan dapat menarik orang ramai sehingga dia akan semakin kuat, sehingga lebih berbahaya terhadap kedudukan kita. Cuba cari pendapat lain!"
Abu Jahal bin Hisyam lalu tampil ke muka dan berkata:
"Kita pilih dari masing-masing kabilah, seorang pemuda yang gagah berani, masing-masing kita beri pedang yang tajam. Mereka masing-masing diwajibkan membunuh Muhammad dimana saja mereka berjumpa dengan dia."
Pendapat ini diterima dengan suara bulat oleh hadirin.
Dalam pada itu Rasulullah telah memberi izin kepada semua orang Islam meninggalkan kota Makkah. Hanya Abu Bakar saja yang tidak dibolehkannya, dengan harapan akan menemaninya nanti bila Allah telah memberi izin kepada Nabi untuk berhijrah pula. Selama perintah berhijrah belum diberikan Tuhan kepada Nabi, beliau tetap akan tinggal di kota Makkah.
Tiba-tiba Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad akan keputusan mesyuarat bangsa Quraisy yang telah memutuskan akan membunuhnya. Nabi diperintahkan Tuhan dalam wahyuNya itu, untuk hijrah ke Madinah. Wahyu ini lalu diberitahukan Nabi kepada Abu Bakar. Abu Bakar dan Nabi berjanji akan bersama-sama. Ditetapkan akan meninggalkan kota Makkah pada sepertiga malam itu juga (kira-kira jam sepuluh malam). Abu bakar ditugaskan menyedia dua orang untuk petunjuk jalan.
Kemudian Rasulullah kembali pulang ke rumahnya sendiri dengan diam-diam, sebab masing-masing pemuda sudah bersiap dengan pedangnya, untuk membunuh Nabi di mana perlu.
Baru saja Nabi sampai ke dalam rumahnya sendiri, rumah itu segera dikepung oleh pemuda-pemuda gagah perkasa yang sudah bersiap sedia itu, mereka menunggu Nabi keluar rumah untuk dibunuh, Allah menjanjikan kepada Nabi akan terlindung dari segala petaka. Dengan tenang Nabi menidurkan Ali bin Abu Talib di tempat pembaringannya lalu Nabi keluar.
Tepat di kala Nabi keluar itu, Allah mentakdirkan yang mereka itu semua tertidur di tempatnya masing-masing, sehingga tidak mengetahui bahawa Nabi sudah keluar dan meninggalkan rumahnya. Mereka tertipu, tetapi Allah lebih pandai.
Rasulullah terus menuju ke rumah Abu Bakar. Kedua-duanya lalu keluar bersama hingga sampai ke Gua Tsur dipuncak sebuah bukit dekat Kota Makkah, disanalah mereka bersembunyi.
Setelah mereka yang ingin membunuh Nabi mengetahui bahawa Nabi sudah tiada lagi didalam rumahnya, mereka hairan, geram dan marah; lalu beredar mencari Nabi jalan di padang pasir. Mereka pun sampai juga ke puncak bukit mendekati gua tempat persembunyian Nabi dan Abu Bakar itu. Sebahagian mereka dengan geramnya menuju ke rumah Abu Bakar, didapatinya hanya anak Abu Bakar yang masih kecil bernama Sid Asma'. Kepada Asma' mereka berkata: "Ke mana bapakmu pergi?"
Siti Asma' menjawab: "Tidak tahu."
Muka Asma' mereka tampar sekuat-kuatnya.
Apabila mereka sampai ke dekat gua itu, Abu Bakar tampak benar kesedihan hatinya. Bukan takut dirinya akan terbunuh, tetapi cemas kalau Nabi mereka bunuh. Melihat kesedihan had Abu Bakar, Nabi berkata: "Janganlah sedih, Allah beserta kita."
Dengan dua patah kata dari Nabi itu, tenanglah Abu Bakar. Tiga hari tiga malam lamanya keduanya bersembunyi di gua itu. Untung kedua penunjuk jalan yang sudah disediakan itu telah dapat membawa makanan dan minuman penghilang lapar.
Dengan meneliti ke kiri dan ke kanan, Nabi dan Abu Bakar dengan dipelopori oleh kedua orang penunjuk jalan, lalu keluar di malam hari dari gua itu menuju ke Madinah, tempat yang telah diperintahkan dan ditentukan oleh Allah untuk tempat hijrah.
Tiba-tiba datang mendekati Nabi dan Abu Bakar seorang perisik bangsa Quraisy dengan mengenderai seekor kuda.
Sebelum perisik itu dapat melihat Nabi, kudanya sudah terjatuh kerana kedua kakinya bersilang, sehingga jatuh tunggang-langgang dan patah semua kakinya. Lalu terbentang awan dan debu sehingga membatas pemandangan dari Nabi dan Abu Bakar. Perisik itu insaf, bahawa dia tidak dibolehkan Tuhan membunuh Nabi. Nabi lalu datang kepadanya. Dia duduk bersimpuh minta ampun dan minta dilindungi oleh Nabi. Nabi memberi maaf kepadanya. Dia dibenarkan kembali ke rumahnya dan tidaklah hal ini diceritakan kepada kaumnya yang sedang mencari Nabi Muhammad s.a.w.
Kaum Muslimin di kota Madinah telah lama menunggu kedatangan Nabi, sebab di antara semua orang Islam lelaki hanya Nabi dan Abu Bakar saja lagi yang tertinggal dalam kota Makkah yang kacau itu. Mereka khuatir akan nasib Nabi dan Abu Bakar, tetapi mereka yakin akan bantuan dan perlindungan Allah terhadap Nabi yang mulia itu. Mereka mendengar setiap hari, bahawa kekejaman sudah lebih berlipat-ganda. Mereka menghantar orang untuk menyongsong kedatangan Nabi tetapi hampa.
Kemudian mereka mendengar bahawa Nabi dengan diiringi oleh Abu Bakar telah meninggalkan Kota Makkah, lalu mereka bersiap untuk menyambutnya. Tiba-tiba terdengar salah seorang berteriak bahawa Nabi sudah tiba. Seluruh ummat Islam Madinah laki-laki perempuan, tua-muda keluar untuk menyambut kedatangan Nabi yang mulia itu.
Dari jauh mereka lihat Nabi bersama Abu Bakar dicelah-celah batang khurma. Mereka datang berkerumun rnenghibur Nabi dan Abu Bakar yang sudah keletihan itu. Nabi tidak terus ke kota Madinah, tetapi berhenti beberapa hari dirumah keluarga 'Amru bin Auf di desa Quba', dimana Nabi bersama ummat Islam dapat mendirikan masjid, iitu masjid Quba' sekarang ini yang dinamakan dalam wahyu Allah dalam ayat suci al-Quran: "Masjid yang didirikan atas dasar taqwa."
Lalu Nabi meninggalkan tempat itu dengan menaiki unta. Setiap rumah dilalui dan rombongan ummat Islam yang menunggu kedatangan beliau, mereka berseru-seru untuk mempersilakan Nabi dan Abu Bakar tinggal dirumah mereka masing-masing. Tetapi Nabi berkata: "Biarlah kami terus saja menurut apa yang telah diperintahkan Tuhan."
Dalam perjalanan itu Nabi singgah dan memberi berkat dirumah Malik bin Nayar, dimana didirikan pula sebuah masjid, kemudian singgah pula dirumah Sahal dan Suhail bin Rafi' bin 'Amru, iaitu dua orang anak yatim yang dipelihara oleh As'ad bin Zurarah. Perjalanan diteruskan dan singgah pula dirumah Abu Ayub al-Ansary. Di situ berkatalah Nabi: "Disini sajalah saya menetap insya Allah: Ya, Allah! Tempatkan saya ditempat yang memberi berkat, Engkaulah Tuhan yang paling baik menentukan tempat."
Abu Ayub lalu menyerahkan rumahnya itu kepada Nabi. Kemudian Nabi memanggil semua ummat Islam yang berasal dari Makkah. Mereka diberi nama oleh Nabi kaum Muhajirin. Setiap orang Islam yang tinggal di Madinah dan sekitarnya diberi nama oleh Nabi Kaum Ansar. Lalu Nabi mempersaudarakan antara kedua kaum ini.
Mulailah Nabi dan segenap ummat Islam memperluaskan syiar Islam, mengatur segala rancangan dengan semangat baru!

KEIZINAN BERPERANG

Dalam keadaan yang kritikal itu, turun wahyu Allah kepada Nabi yang berbunyi: "Berperanglah dalam jalan Allah melawan orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melanggar batas, kerana Allah tidak suka kepada orang yang melanggar batas. Bunuhlah mereka itu dimana saja kamu jumpai dan usirlah mereka itu sebagaimana mereka telah mengusir kamu. Tetapi ingat pula, bahawa fitnah adalah lebih berbahaya dari pembunuhan. Tetapi janganlah kamu berperang di dalam Masjidil Haram (Ka'bah), kecuali kalau diperanginya kamu di sana."



Selama ini Nabi dan orang-orang Islam hanya disuruh mundur dan hijrah. Sekarang diperintahkan Allah untuk berperang, kerana kini mereka sudah cukup menerima penganiayaan.



Jelas perintah itu, iaitu perang bukan untuk memaksa orang masuk Agama Islam, tetapi adalah semata-rnata mempertahankan diri kalau diserang. Kerana Agama Islam tidak boleh dipaksakan kepada siapa jua, walaupun kepada keluarga dan famili Nabi sendiri.



Kerana perintah itu, maka Nabi mulai menyusun tentera mengatur pertahanan dan kelengkapan. Mula-mula ke dalam kota Makkah diutus Nabi beberapa orang pengintip, untuk mengetahui rencana dan kekuatan musuh, serta untuk menarik ketua ketua Puak Badwi ke pihak Islam.



Pada bulan Rejab tahun kedua hijrah, Nabi mengutus dua belas orang Muhajirin, dikepalai Abdullah bin Jahasy keluar kota Madinah; suasana di kala itu sudah runcing sekali. Kepadanya diberikan sepucuk surat bersampul, Nabi mengizinkan membuka surat tersebut setelah dua hari dalam perjalanan. Setelah dua hari dalam perjalanan, lalu surat itu dibuka. Ternyata dalamnya satu perintah dari Nabi agar mereka menuju ke Nakhlah, satu tempat di antara Makkah dan Taif, guna mencari keterangan sebaik-baiknya tentang gerak geri orang Makkah (musuh). Hal ini dilakukan bukan untuk menyerang Makkah, tetapi untuk berjaga jaga semata-mata.



Di sana, Abdullah bertemu dengan kafilah kecil orang Makkah yang dalam perjalanan pulang dari Taif. Orang-orang ini diserangnya, seorang mati iaitu 'Amru bin Hadhramy dan dua orang lainnya ditawan, iaitu Usman bin Abdullah dan Hakam bin Kaisan, sedang harta bendanya dirampas. Dalam hal itu Abdullah telah melanggar perintah Nabi, kerana di saat itu dalam bulan Muharam, dimana dilarang menumpahkan darah. Nabi sangat marah kepadanya.



Hal ini membangkitkan semangat bangsa Quraisy (Makkah), untuk menyerang kaum Muslimin. Nabi mendapat laporan, bahawa kafilah bangsa Quraisy yang amat besar terdiri dari seribu ekor unta dengan segala muatannya, sedang dalam perjalanan dari Syria menuju Makkah. Untuk mengurangi kekuatan musuh yang telah siap menyerang itu, Nabi memerintahkan untuk menyekat kafilah itu dan merampasnya untuk dijadikan kekuatan perang. Maksud Nabi ini diketahui oleh Abu Sufian yang mengepalai kafilah itu. Abu Sufian segera mengirim utusan ke Makkah minta bantuan tentera sebanyak mungkin, sedang perjalanan kafilahnya dibelokkan melalui satu tempat yang bernama Badar, menyusur pantai Lautan Merah. Makkah segera mengirimkan bantuan yang terdiri dari seribu orang tentera, seratus orang di antaranya kenderaan berkuda dan tujuh ratus orang lainnya pasukan unta, yang kesemuanya dikepalai oleh Abu Jahal sendiri. Ketika pasukan bantuan ini bertemu dijalan dengan Abu Sufian, Abu Sufian menyuruh pasukan ini kembali saja ke Makkah. Tetapi Abu Jahal ingin memperlihatkan kekuatan tenteranya kepada orang Madinah itu.



Pasukan Rasulullah s.a.w. hanya terdiri dari tiga ratus tiga belas orang saja. Di antaranya hanya dua orang berkenderaan kuda. Tentera yang kecil ini berangkatlah bersama Rasulullah menuju satu tempat yang dinamai Badar.



Setelah Rasulullah mengetahui akan kedatangan bantuan Quraisy yang amat besar jumlahnya itu, Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat beliau. Abu Bakar dan Umar menasihatkan agar pertempuran diteruskan. Begitu juga Miqdad bin 'Amru dari Muhajirin. la berkata kepada Rasulullah: "Teruskanlah apa yang diperintahkan Allah kepada engkau. Kami tidak akan berkata seperti apa yang dikatakan Bani Israil dahulu kepada Nabi mereka Musa a.s. Mereka berkata kepada Musa: Pergilah engkau beserta Tuhan engkau berperang, sedang kami biarlah duduk saja di sini (menonton). Sebaliknya kami, kata Miqdad seterusnya akan berkata kepada engkau: Pergilah engkau berserta Tuhan engkau berperang, dan kami akan bersama engkau bertempur. Demi Allah yang telah mengutus engkau membawa kebenaran, jika sekiranya engkau memerintahkan kami berangkat ke Birkil Ghamad (nama suatu tempat yang amat jauh di Yaman), kami akan memukul diri kami agar kami sampai ke sana."



Berkata pula Sa'ad bin Mu'az dari golongan Ansar: "Kami sudah beriman kepada engkau, kami sudah membenarkan akan engkau dan mengakui bahwa apa yang engkau bawa kepada kami adalah hak, kami sudah berjanji akan tunduk dan taat. Maka teruslah, ya Rasulullah, dengan apa yang engkau kehendaki, kami akan selalu bersama engkau. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan hak, sekiranya engkau harus menyelami lautan itu, kami akan menyelam bersama engkau. Tak seorang pun di antara kami yang akan mundur. Kami tidak takut apapun yang akan dilakukan musuh terhadap diri kami, kami adalah orang orang yang tabah dalam perang. Mudah mudahan Allah memperlihatkan kepada engkau apa apa yang menyenangkan hati engkau, sehingga kami akan senang pula dengan berkat dari Allah."



Rasulullah sangat gembira mendengar ucapan yang diucapkan para sahabat itu. Rasulullah lalu berkata memberikan perintah kepada mereka: "Berangkatlah dan bergembiralah, Allah sudah menjanjikan kepadaku akan pertolonganNya, seolah-olah aku melihat tempat tempat yang menjadi sumber minum mereka."



Kaum Quraisy dan bala bantuannya yang banyak itu dikerahkan Abu Sufian, mengambil kedudukan di lereng jauh di tempat rendah. Sedang Rasulullah memerintahkan pasukan beliau mengambil tempat di lereng yang dekat di tempat tinggi dari Wadi Badar.



Seorang sahabat bernama Habbab bin Munzir mendatangi Rasulullah dan berkata: "Apakah kedudukan yang engkau pilih ini menurut perintah (wahyu) dari Allah? Kalau rnemang begitu, kita tidak akan beranjak dari kedudukan ini. Tetapi kalau hanya pendapat Rasulullah sendiri berdasarkan siasat atau strateji semata, maka saya berpendapat lain. Lebih baik kita mengambil kedudukan di tempat yang lebih rendah, dekat sumber air yang akan dipergunakan oleh musuh itu. Kita buat tangki dan kita gali perigi, lalu kita penuhi dengan air dari sumber itu, kemudian sumber itu kita timbun dengan tanah. Biar musuh tidak dapat air minum, agar mereka menderita dahaga, sedang kita terus bertempur dengan persediaan air yang banyak itu,"



Pendapat Habbab ini dibenarkan oleh Rasulullah, kerana Rasulullah mengambil tempat kedudukan yang pertama tadi itu tidak berdasarkan perintah dari Allah, semata mata pendapat peribadi beliau sendiri.



Seluruh pasukan dikerahkan untuk membuat tangki dan menggali perigi, mengisinya dengan air sebanyak mungkin, lalu menutup sumber air yang akan dipergunakan oleh musuh itu. Para sahabat pun membuat sebuah pondok untuk Rasulullah, tempat beliau memberikan arahan. Berkata Sa'ad al-Anbany: "Ya Rasulullah, bila Allah memenangkan kita, engkau tetap sajalah di pondok itu, tetapi bila kami tewas seluruhnya, engkau hendaklah segera meninggalkan pondok itu bergabung dengan sahabat sahabat kita yang masih hidup, yang kecintaan mereka terhadap engkau tidaklah kurang dari kecintaan kami." Rasulullah amat terharu mendengar ucapan yang demikian itu. Keesokan harinya musuh yang terdiri lebih dari seribu orang itu mulai menyerang.



Melihat kedatangan musuh yang dengan tiba tiba itu, Rasulullah berdoa: "Allahumma, ya Allah, kaum Quraisy sudah menyerang dengan sombong dan membanggakan kekuatan mereka, mereka menentang Engkau dan mendustakan akan Rasul Engkau. Ya Allah, hanya pertolongan yang pernah Engkau janjikan kepadaku yang akan dapat mengalahkan dan menghancurkan mereka. Ya Allah, hancurkanlah mereka."



Tentera Makkah bukan main marahnya. Dengan segera mereka menyerang dengan pasukan berkuda terhadap tentera Islam. Dua orang pasukan berkuda musuh (Quraisy) gugur ke tanah dilanggar panah tentera Islam. Dari tentera musuh maju ke depan tiga orang pahlawan, yaitu 'Utbah dan Syaibah (bersaudara) dengan anak 'Utbah yang bernama al-Walid. Untuk menghadapi ini, Nabi memerintahkan tiga orang pahlawan Islam pula, iaitu Ali, Hamzah dan 'Ubaidah. Ali dan Hamzah segera dapat menewaskan dua orang lawannya, sedang 'Ubaidah dan lawannya masing-masing mendapat luka parah dan yang luka ini pun terus meninggal dunia di atas pangkuan Nabi sendiri.



Kaum Muslimin yang sedikit itu menghadapi lawan yang lebih dari tiga kali ganda banyaknya. Nabi mendoa kepada Tuhan: "Oh, Tuhan! Penuhilah janjiMu untuk memberi kemenangan. Kalau ummat yang kecil ini binasa (kalah), maka akan menanglah agama berhala dan tidak akan ada lagi orang yang menyembahMu di muka bumi."



Abu Bakarlah ketika itu orang yang paling sedih dan khuatir melihat banyak dan kuatnya musuh yang sedang dihadapi oleh tentera Islam. Dengan memegang kain tutup kepala Nabi, Abu Bakar berkata kepada Nabi: "Ya Nabi Allah, Tuhan tentu akan mengabulkan doamu dan Tuhan tentu menolong kita menghadapi musuh yang banyak ini."



Tiba-tiba Nabi seakan-akan terpegun dalam mendoa. Di kala itu turunlah wahyu Allah yang berbunyi: "Hai, Nabi! Kerahkanlah orang-orang Mu'min itu bertempur! Dua puluh orang Mu'min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Mu'min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh."



Dengan segera Nabi menghadapkan mukanya kepada tentera Islam yang sudah siap sedia, lalu berkata: "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, orang orang yang berperang dengan sabar dan penuh harapan ganjaran Allah, terus maju dan takkan mundur setapak, bila dia terbunuh, terus masuk ke dalam Syorga Allah."



Kemudian diambil Nabi segenggam pasir, lalu dilemparkannya ke arah musuh. Perintah menyerbu sudah diberikan. Kaum Muslimin maju bertempur dengan keimanan dan keyakinan yang penuh dan kuat, dengan serentak berteriak: Ahad, Ahad, Ahad.



Di kala itu angin berhembus dengan kencangnya ke arah tempat musuh. Pasir padang pasir berterbangan sebagai asap tabir yang amat tebal. Mata pedang mulai bergerincingan berbunyi ditengah tengah suara takbir dan derunya angin ribut.



Kerana angin berhembus ke arah tentera musuh, maka hal itu sangatlah menguntungkan pihak ummat Islam yang dipimpin Nabi. Bukan hanya perajurit, tetapi banyak ketua tentera musuh, seorang demi seorang tewas di hujung mata pedang; di antaranya 'Utbah, Syaibah, al-Walid, Umaiyah bin Khalaf, Abul Bukhtary, Hamzah anak Abu Sufyan.



Dalam pertempuran itu pula, Mu'az bin 'Amru dari golongan ummat Islam telah dapat melukai Abu Jahal, tetapi anak Abu Jahal segera datang membantu ayahnya, sehingga tangan Mu'az kena mata pedang hampir putus, tergantung di bahunya. Dengan segera Mu'az memutuskan tangannya yang tergantung gantung itu, lalu tampil menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terpelanting jatuh, segera ditikam oleh seorang pemuda Ansar, iaitu Bin Ana sehingga Abu Jahal tewas seketika itu juga berlumuran darah bersama kudanya. Kepala Abu Jahal yang telah bercerai dengan badannya, dibawa Ibnu Mas'ud ke hadapan Nabi.



Melihat komandan tertingginya sudah tewas, maka barisan musuh mulai cerai-berai, lari tunggang-langgang dikejar orang Islam dari belakang. Mereka meninggalkan tujuh puluh mayat dimedan perang, yang umumnya terdiri dari pemuka-pemuka mereka dan tujuh puluh orang lagi menjadi tawanan perang. Sedang dipihak urnmat Islam hanya empat belas orang yang mati syahid dan tidak seorang juga yang menyerah kepada musuh.



Di antara tokoh-tokoh yang berkaliber besar dari kaum Musyrikin Quraisy yang tewas itu antara lain Abu Jahal bin Hisyam (panglimanya), 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Umaiyah bin Salt. Semua mayat musuh itu dimasukkan ke dalam sebuah lubang, lalu ditimbuni dengan tanah. Rasulullah lalu berdiri ditempat itu dan berkata: "Hai Ahli Lubang, hai Abu Jahal bin Hisyam, hai 'Utbah bin Rabi'ah, hai Syaibah bin Rabi'ah, hai Umaiyah bin Salt, apakah kamu sudah memperoleh apa-apa yang dijanjikan Tuhan kamu kepada kamu sekalian? Kami sudah memperoleh apa yang pernah dijanjikan Allah kepada kami."



Mendengar itu para sahabat bertanya kepada Rasulullah:



"Ya Rasulu'llah, apakah engkau menyeru orang-orang yang sudah menjadi bangkai?" Rasulullah menjawab: "Mereka lebih mendengar daripada kamu akan apa yang saya ucapkan itu, hanya mereka tidak dapat menjawabnya."



Perang inilah yang dinamai perang Badar Kubra, terjadi pada tanggal tujuh belas Ramadhan tahun kedua Hijrah. Kemudian ternyata, bahawa Allah telah mengirimkan pertolonganNya kepada ummat Islam dalam perang itu. Bukan saja pertolongan yang berupakan angin dan debu, tetapi pula beberapa Malaikat, sebagai ternyata dalam wahyu Allah yang datang kemudian.



Terhadap para tawanan itu berbagai usul yang masuk. Umar Ibnul-Khattab mengusulkan agar mereka dibunuh semuanya, seimbang dengan kekejaman mereka terhadap orang-orang Islam. Tetapi Abu Bakar mengusulkan agar tawanan-tawanan yang kaya, diwajibkan menebus dirinya masing masing dengan wang yang banyak, lalu dilepaskan dan yang miskin dan tidak berbahaya, dilepaskan saja tanpa tebusan. Dengan wahyu Allah, Nabi menjalankan usul Abu Bakar, menolak usul Umar. Para tawanan yang mempunyai kepandaian menulis, dapat menebus dirinya dengan kepandaiannya itu.



Dengan jalan begitu, perlakuan terhadap tawanan memang diatur Nabi sebaik-baiknya. Hal inilah yang menyebabkan kemenangan yang terus-menerus dari ummat Islam berhadapan dengan musuh mereka, di samping bantuan dan pertolongan dari Allah. Salah seorang tawanan yang menebus diri dengan tebusan yang sebesar-besarnya, ialah Abbas, bapa saudara Nabi sendiri.



Di Makkah kaum Quraisy menunggu-nunggu tentera mereka kembali dari medan perang dengan kemenangan. Tetapi setelah datang, terbukti bahawa tentera mereka kalah, banyak yang mati dan tertawan. Dari tentera yang kembali itu mereka mengetahui bagaimana jalannya pertempuran. Budak Abbas yang bernama Abu Rafi' dengan keras berkata kepada orang Quraisy: "Demi Allah. Tentu saja Malaikatlah yang telah datang menolong mereka!"



Mendengar perkataan itu bukan main marahnya Abu Lahab. Sekalipun dalam keadaan sakit, tetapi dengan marahnya diterkamnya Abu Rafi', dipukulinya sampai setengah mati. Kejadian itu dilihat oleh isteri Abbas. Dia menjadi marah, diambilnya tombak lalu ditikamnya kepada Abu Lahab sehingga luka parah. Dengan luka parahnya dan merasa malu, Abu Lahab kembali ke rumahnya. Sakitnya makin bertambah dan sesudah tujuh hari dia mati. Makkah berada dalam kesedihan, atas kekalahan yang dialami tentera mereka.






Sejarah Rasulullah s.a.w

Peperangan Badar

Muqaddimah:

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Sejarah :

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.

Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.

“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan

Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.

Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.

Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :

“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”

(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:

“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”

Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.

Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :

“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”

Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.

Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.

Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :

“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”

Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.

Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

Hikmah didalam peperangan Badar

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam

Kesimpulan

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

PERANG UHUD

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.

Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

PERANG KHANDAK


PERANG KHANDAK

Di Madinah terdapat komplot yang mahu membunuh Nabi, yang digerakkan oleh orang orang Yahudi (Banu Nadhir). Di kala Nabi berjalan jalan di lorong mereka, nyaris saja Nabi dapat mereka bunuh. Untung Nabi dapat mengetahui terlebih dahulu, sehingga terhindar dari bahaya. Hal ini ternyata melanggar perjanjian mereka dengan Nabi.



Kerana ini, sesuai dengan perjanjian itu, maka Nabi mengeluarkan perintah agar semua bangsa Yahudi keluar dari kota Madinah dan kepada mereka diizinkan membawa semua harta benda dan kekayaan mereka. Tetapi mereka menentang perintah ini kerana merasa kuat dan mengharapkan bantuan Abdullah bin Ubay.



Sesudah dikepung oleh tentera Islam, mereka menyerah kalah, dilucutkan senjata dan diusir keluar Madinah. Pengusiran ini terjadi pada bulan Rabi'ul Awwal tahun keempat Hijrah.



Dengan pengusiran ini, bergabunglah kekuatan Yahudi dengan kekuatan kaum kafir Quraisy yang ada di kota Makkah, untuk menyerang Nabi dan ummat Islam. Kekuatan mereka ditambah lagi dengan bergabungnya orang Ghatafan dan Habsyi. Kota Madinah dikepung dari segala pihak oleh tentera gabungan musuh ini.



Menurut nasihat Salman al-Farisi (sahabat Nabi bangsa Persia), Nabi memerintahkan untuk menggali parit di sekeliling kota Madinah, lebih lebih daerah yang kurang kuat pertahanannya. Satu sektor dan parit ini, diserahkan kepada Banu Quraidzah mempertahankannya.



Di luar parit pertahanan itu, tampak tentera musuh berkumpul dengan khemah mereka, yang berjumlah tidak kurang dari sepuluh ribu tentera, terdiri dari kaum Quraisy, Banu Kinanah, Ghatafan, Tihamah dan Najid.



Nabi hanya dapat mengumpulkan tentera dua ribu orang. Setiap tentera Islam sudah siap di pinggir parit pertahanan, mereka menanti musuh yang datang menyerang. Setiap musuh yang datang menyerang, dapat diundurkan. Akhirnya musuh mengundur diri dan mengubah cara dengan menghalang agar penduduk kota Madinah mati kelaparan.



Dua puluh hari dua puluh malam lamanya halangan itu dijalankan. Kaum Muslimin mulai diserang kelaparan. Keadaan bertambah sulit bagi ummat Islam, setelah pemimpin Banu Quraidzah yang bernama Ka'ab bin Asad menyeleweng dan lari ke pihak musuh, sedang dia adalah orang yang tahu benar strateji pertahanan Nabi.



Ramai tentera Islam yang takut dan khuatir kerana peristiwa itu. Mereka khuatirkan kalau kalau kerana pengaruh orang orang munafik yang menyeleweng itu, teman temannya yang lain dalam tentera Islam akan turut menyeleweng sama. Setelah lebih dua puluh hari, tentera musuh tidak tahan hati, lalu menyerbu dengan melompati parit yang agak sempit dengan kuda mereka.



Ali yang berbadan kecil itu, telah dapat membunuh pemerintah tentera musuh yang bernama 'Amru bin Abdu Wid yang berbadan besar dan gemuk. Sedang Safiah, anak perempuan nenek Nabi (Abdul Muttalib), dapat menewaskan pemuka Yahudi.



Kerana keadaan, Nabi mengadakan tipu muslihat. Nu'aim adalah pemuka bangsa Ghatafan yang telah masuk Islam tetapi tidak diketahui oleh kaumnya, diutus oleh Nabi untuk menemui musuh dengan tipu muslihat. Bangsa Ghatafan (Yahudi) dihasutnya untuk tidak percaya kepada bangsa Quraisy dan sebaliknya bangsa Quraisy pun dihasutnya supaya tidak percaya kepada bangsa Ghatafan, dengan kata katanya.



Barisan musuh mulai saling mencurigai antara satu sama lain. Di kala itu turunlah angin keras, menyebabkan musuh lebih kelam kabut takut kepada kawan sendiri. Akhirnya mereka mengundurkan diri ke kampungnya masing masing.



Setelah tempat itu bersih dari semua tentera musuh, Nabi lalu berkata kepada kaum Muslimin: "Ini adalah kali penghabisan buat bangsa Quraisy menyerang kita. Mulai sekarang kita diwajibkan menyerang mereka."



Sebelum sembahyang Asar di hari itu juga, di kala tentera Islam yang letih dan lesu itu sedang beristirahat, tiba tiba terdengar mu'azzin azan dengan suara yang nyaring. Kaum Muslimin lalu berkumpul mahu sembahyang. Tetapi sebelum sembahyang, mu'azzin itu menyiarkan perintah Nabi yang berbunyi: "Barangsiapa yang suka mendengar dan patuh, tidaklah ia sembahyang Asar hari ini, kecuali di tempat kediaman Banu Quraidzah."



Hal ini bererti bahawa mereka di saat itu juga harus menyerang Banu Quraidzah yang telah mengkhianati kaum Islam di medan perang dan ini

adalah perintah Malaikat kepada Nabi.



Dua puluh lima hari lamanya Banu Quraidzah yang terdiri dari bangsa Yahudi itu dikepung dan akhirnya menyerah kalah. Kaum Aus meminta kepada Nabi, agar mereka itu jangan dibunuh, tetapi diusir saja seperti Banu Nadhir dahulu. Tetapi mengingat besarnya pengkhianatan mereka, Nabi tidak dapat menghukum mereka dengan hanya mengusir saja, yang mungkin akan menambah kekuatan musuh pula jadinya. Akhirnya Nabi mendapat akal baru. Sa'ad bin Mu'az diangkat Nabi menjadi hakim terhadap tawanan tawanan itu. Nabi menyerahkan keputusan kepada hakim ini. Mendengar itu kaum Aus merasa puas dan Banu Quraidzah sendiri pun timbul harapan bagi mereka.



Sa'ad sendiri di perang Khandak, kena panah dari kaum Quraidzah ini. Dia mendoa agar dia jangan mati dahulu sebelum dapat menghukum kaum pengkhianat ini.



Banu Quraidzah dimintanya bersumpah untuk tunduk atas keputusan yang akan diambilnya. Setelah sumpah selesai, Sa'ad bin Mu'az lalu menetapkan keputusan sebagai berikut: "Lelaki bangsa Quraidzah dibunuh semua (yang bersalah), harta bendanya dibagi bagi dan anak anak serta perempuan perempuannya ditawan."



Tujuh ratus orang lelaki Banu Quraidzah yang khianat itu pun dibunuh, kerana dosa mereka yang besar sekali. Begitulah hukum yang ditetapkan Tuhan bagi mereka. Sejak hari itu, tamatlah riwayat bangsa Yahudi dari kota Madinah. Sebahagian mereka pindah ke Syria, sebahagian lagi ke Khaibar. Begitulah nasib mereka kerana melanggar perjanjian dan mengkhianati langsung umat Islam dan Nabi.

ulum syariah

|0 comments
u.p.k.k. ulum syariah

Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:

1. Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak.
2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari.
3. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) air yang berubah dengan suatu yang suci.
4. Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).

Isi kandungan


* 1 Pengertian bersuci
* 2 Alat-alat yang sah untuk bersuci
* 3 Hukum bersuci
* 4 Bahagian air
o 4.1 Air mutlak
o 4.2 Air musta'mal
+ 4.2.1 Air yang berubah dan bercampur
o 4.3 Air muqayyad
o 4.4 Air musyammas
o 4.5 Air mutanajjis
+ 4.5.1 Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis
+ 4.5.2 Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
* 5 Air Qaid Lazim
o 5.1 Hukum Air Qaid Lazim
* 6 Lihat juga
* 7 Pautan luar

Pengertian bersuci

* Ertinya Pada Bahasa

Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.

* Ertinya Pada Syarak

Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
Alat-alat yang sah untuk bersuci

a. Air mutlak

b. Tanah yang suci

c. Batu yang suci
Hukum bersuci

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.
Bahagian air
Air mutlak

Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:

* air hujan
* air laut
* air sungai
* air telaga atau perigi
* air mata air
* air yang dicairkan dari salji
* air embun

Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Ukuran Dua Kolah

* Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
* Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
* Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
* Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

Air musta'mal

Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.

Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.
Air yang berubah dan bercampur

Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".

Berikut adalah cara air yang berubah:

* Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
* Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.

* pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
* pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
* pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.

Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:

* Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
* Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Air muqayyad

Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:

* Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
* Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air sepert air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

Air musyammas

Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.

Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.
[sunting] Air mutanajjis

Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan

1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Air Qaid Lazim

Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.

* Contohnya:

a. Air Kelapa

b. Air Tebu

c. Air Mawar

d. Air Kopi
Hukum Air Qaid Lazim

Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

Syarat dan Rukun Sembahyang

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

Orang Islam.
Menghadap arah Kiblat
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
Akil baligh
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Sudah masuk waktu sembahyang.



Syarat Sah Sembahyang

Syarat-syarat sah sembahyang ialah:

Sesudah masuk waktu sembahyang.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.



Rukun Sembahyang

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.





Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-

Batal Wuduk.
Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
Terbuka Aurat.
Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
Tertawa Terbahak-bahak.
Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
Berubah Niat.
Mendahulu Imam sampai dua rukun.
Meninggalkan rukun Sembahyang.

Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-


Sembahyang-sembahyang sunat.
Thawaf di Baitullah.
Menyembahyangkan mayat.
Sujud tilawah atau sujud syukur.
Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Tersilap susun la pulak

Syarat-syarat Wudhu'

Syarat sah wudhu' itu ada enam:-


Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.



Rukun-rukun wudhu'

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-





BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG


1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-




"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.




NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN



2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.



HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI



3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.



MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA



4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.


MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI




5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'




Sunat-sunat wudhu'

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-


Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.



Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-


Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
Murtad.



Perkara yang sunat untuk berwudhu'.


Sehabis keluar darah dari hidung.
Sesudah mengantuk.
Hendak berjalan jauh.
Sehabis ketawa berbahak-bahak.
Ragu-ragu dalam berwudhu'.
Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
Ziarah ke kubur.
Memegang atau memikul mayat.
Jika dalam keadaan marah.

Bab puasa

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



PUASA WAJIB
Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar



PUASA SUNAT
Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah)



PUASA MAKRUH
Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq



PUASA HARAM
Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Aidil Adha
Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

slideshow skkb