APA ITU TAUBAT DAN RUKUNNYA DAN BAGAIMANA?
1.Menyesal
Taubat yang bersungguh-sungguh dilihat oleh Allah dengana rasa penyesalan yang begitu mendalam.Orang yang amat-amat menyesal akan menjauhi perkara maksiat yang pernah dilakukan sejauh-jauhnya,dia tidak mahu ingat akan dosa yang pernah dilakukan walaupun sesaat,dilemparnya jauh-jauh daripada ingatannya,dan dia buang semua benda yang boleh menyebabkan dia kembali dan melakukan kembali dosa tersebut.Begitulah sebaik-baik penyesalan pada sesuatu perbuatan dosa.Jangankan mengulanginya,terlintas di fikiran pun tidak dibenarkan sama sekali!
2.Meminta keampunan daripada Allah
Memohon keampunan daripada Allah dapat dilakukan dengan istighfar.Di sampin itu,meminta keampunan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,lahir daripada lubuk hati yang dalam.Linangan air mata,esakan tangisan,dan getaran jiwa adalah terjemahan daripada rasa penyesalan yang mendalam.
3.Berazam tidak mengulangi dosa
Tidak sekadar mengulangi,difikirkan pun tidak dibenarkan sekali.Manusia secara semulajadi cenderung berbuat perkara-perkaraa buruk,tetapi bukanlah bermakna boleh dituruti begitu sahaja.Bahkan sebaliknya,kita hendaklah sedaya upaya melawan dan menentangnya,kerana dari situlah kita mendapat ganjaran daripada Allah.
"Ya Allah... ampuni kami,lindungi kami,tunjukki kami,kasihi kami,sayangi kami,ya rabbul 'izzati..."
DOA RASULULLAH SALALLAHUALAIHIWASALLAM
رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ,رَبِّ اجْعَلنِيْ لَكَ شَكَّارًا,لَكَ ذَكَّارًا,لَكَ رَهَّابًا,لَكَ مُطِيْعًا,إِلَيْكَ مُخْبَتًا,إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيْبًا,رَبِّ تَقَبَّلْ تًوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي,وَأًجِبْ دَعْوَتي,وَاهْدِي
قَلْبِي,وَسَدِّدْ لِسَانِي,وَثَبِّتْ حُجَّتِي,وَاسْلٌل سَخِيْمَةَ قَلْبِي
"Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku,Ya Tuhan jadikan aku,orang yang bersyukur kepadaMU,mengingatiMU,takut padaMU,mentaatiMU,khusyu; padaMU,kepadaMU ku merayu lagi berharap...Ya Tuhan terimalah taubatku,sucikanlah dosaku,perkenankan permintaanku,tunjukilah hatiku,lancarkanlah lidahku,dan bernaskanlah dan tetapkanlah hujjahku dan hilangkan kedengkian dalam hatiku"
HALWA MATA
tersenyum bibir dalam nafas bismillah,terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,terjerat hati dalam nafas cinta,terkuyu mata dalam nafas air mata,terhimpit nafsu dalam nafas hina,terpanah hiba dalam nafas yg Esa,tersujud sedu dalamnafas doa,tersekat suara dalam nafas innalillah,terbujur kaku dalam nafas barzakh,terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah
"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan,dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"(sayyid qutb)
"kadang-kadang kita terlalu banyak merancang,tapi kurang bermohon...
terlalu banyak berfikir,tapi kurang tawakkal...
terlalu banyak risau dan kurang optimis...
kerana kita terlupa bahawa ujian itu adalah tarbiyah dari Allah"
fikir-fikirkanlah...
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..
RINTIHANKU
Ya Allah...
Aku hambaMU yang tidak terlepas daripada dosa,
Aku hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan,
Aku sedar aku takkan terlepas daripada ujian,
itu JANJIMU TUHAN.
Tapi Ya Allah...
aku ini hambaMU yang lemah,amat lemah...
aku ini hambaMU yang hina,lagi dina...
Tika mana diuji pasti tak tertahan diri...
Tika mana diuji pasti serba tak kena...
Tika mana diuji pasti mengeluh kesah,lagi gelisah...
Apa lagi yang tak kena pada diri ini Ya Allah....
Ya Allah...
Aku tak tertahan lagi dengan mehnahMU ini...
Aku tak kental lagi untuk hadapi ujian ini...
Ujian yang ku tahu mematangkan diri...
Ujian yang ku tahu ada hikmah tersirat di sebaliknya ...
Ya Rahman Ya Rahim...
Dalam solatku ya Allah...
ku hayati bait kataMU....
"kepadaMU aku sembah dan kepadaMU aku memohon pertolongan,
tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang KAU beri nikmat,
bukan jalan orang yang KAU murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat"
Allahumma amin...
Air mata kehambaan mengalir membasahi pipi...
"ketahuilah! sesungguhnya Al-Quran itu adalah 1 peringatan yang sangat besar pengajarannya*oleh itu sesiapa yang mahu mendapat peringatan,dapatlah peringatan daripadanya"-(Al-Mudatsir:ayat 54-55)-
Ya Mannan Ya Hannan...
Aku tahu KAU penolong setiaku,
KAU penunjuk jalan terbaikku,
KAU tempat ku mengadu,
KAU tempat luahan apa yang terbuku di qalbu...
Ya Allah...
Ku mohon petunjukMU,
Berikanku jalan keluar dari dibelenggu...
Ku mohon pertolonganMU,
Berikanku penyelesaian berhikmah daripada terburu-buru...
Dengan berkat InayahMU beriku jalan keluar,
Berikanku cara terbaik menghadapi ujianMU Ya Allah.
Ku mohon padaMU Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku mohon padaMU Ya Ghaffar,Ya Kareem
Ku mohon...ku mohon...
MOHON DENGAN SANGAT
"Ya Tuhanku hanya ENGKAU yang dapat mengerti kesedihan yang merobek diri,ku tak tahan lagi"
Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
0 comments:
Post a Comment