Jadilah Manusia Acuan Al-Quran

Insan acuan Al-Quran.. satu ungkapan yg sangat indah.. penuh makna dan pengertian yg sukar unt diungkapkan.. kerana manusia itu bukanlah insan biasa, tetapi manusia yg telah ditarbiyah oleh Allah.. mendapat tarbiyah terus dariNya.. melalui kalamNya.. betapa indahnya menjadi manusia sebegitu.. segala gerak geri, tingkah laku,perkataan dan ucapan, segalanya berlandaskan Al-Quran.. punya Akhlak dan peribadi terpuji.. seindah akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Itulah insan yg hatinya sentiasa terpaut dgn Al-Quran.. Tanda cinta dan kasihnya kpd Sang Pencipta.. dgn mendampingi KalamNya.. masyaAllah!betapa beruntungnya menjadi insan yg Kau hadiahkan dgn Al-Quran dihatinya.. sentiasa membaca, menghayati, mentadabbur, dan mengamalkan kalamMu.. sentiasa berada dalam petunjuk, rahmat dan kasih sayangMu.. Hanya hati yg merasai, bisa mengerti keindahan dan kelazatan nikmat itu.. Beruntunglah wahai sahabat2 Al-Quran.. Semoga terus thabat dalam perjuangan ini.. Kerna kita telah ditaklifkan unt memikul amanahNya.. Bukan sahaja unt menghafal kalamNya di dalam dada.. tetapi amanah unt memartabatkannya lebih utama.. Jilul Quran Al-Farid.. Pastinya generasi yg ditunggu.. dan kitalah peneraju generasi itu, Moga akan terlaksana segala amanahMu..
KATA ULAMAK
Imam Syafii:
1. saya tidak pernah kenyang sejak berumur 16 thn,krna banyak makan itu memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan,menumpulkan otak,membuat mengantuk, dan melemahkan kemahuan untuk beribadah. 2.saya tidak pernah bersumpah seumur hidup sama ada untuk kebenaran atau sebaliknya. 3. jika ditanya orang tentang sesuatu masalah, kadang2 beliau diam tanpa berkata walau sepatah pun.apabila ditanya, beliau menjawab: "sy diam sehingga sy mengetahui mana yg lebih baik, diam atau bercakap". Imam Ahmad b. Hanbal: 1. tidak kira orang melihat akan daku,dan aku tidak melihat orang lain.Aku memandang bahawa menyendiri itu menyenangkan hatiku. 2. Ali bin Al-Madiny meminta nasihat daripada beliau.Imam Ahmad berkata: " jadikan taqwa itu sebagai bekalanmu, dan tegakkan akhirat di muka kamu." Hassan Al-Basri: 1.Jangan tinggalkan amalan agamamu kerana takut kepada musuh yang akan mengganggumu, bahkan mereka itu mengganggu Allah. 2. Seseorang datang kpd Hassan dan mengadu bahawa hatinya telah menjadi keras.Hassan berkata: " hendaklah engkau selalu menghadiri majlis2 zikir dan menyantuni anak2 yatim." 3. Kubur adalah akhir dunia dan permulaan akhirat. Zunnun Al-Misri: 1.Janganlah engkau membenci terhadap orang yang membuat dosa. kerana kamu tidak mengetahui mungkin sebelum meninggal dunia dia bertaubat kepada Allah dan diterima, maka dia menjadi orang yang tinggi darjatnya. 2.Kiralah amal-amalmu sblum engkau diperhitungkan di hari akhirat kelak. 3.Dunia tidak ada gunanya jika ,menyebabkan seseorang lupa kepada Allah. Ibrahim Al-Khawwas Perkara yg meninggikan darjat: 1. Membaca al-Quran sambil memahami makna 2. jangan makan sampai kenyang 3. berjaga malam untuk beribadah (tahajjud) 4. menangis dalam solat subuh (paling banyak memberikan kesan) 5.bergaul dengan orang2 alim dan wali2 Allah. Syaqiq Al-Balkhi: Aku mencari 5 perkara dan mendapatinya dalam 5 perkara. 1.aku mencari keberkatan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat dhuha. 2. aku mencari penerang untuk alam kubur, aku mendapatinya dalam solat malam. 3. aku mencari jawapan untuk soalan mungkar dan nakir,aku mendapatinya dalam membaca Al-Quran. 4. aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberang Titian Siratal Mustaqim, aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah. 5. aku mencari naungan Arasy, dan aku mendapatinya dalam mengasingkan diri beribadah kepada Allah. dia juga berkata: jangan tangguhkan taubat kpd ALlah kerana inginkan kurnia dan panjang umur. KATA-ULAMAK Abu Hafs Al-Haddad: 1. Berharaplah kepada Allah seperti harapan seorang pengemis yang mengharapkan sedekah dari orang kaya. 2. Orang yang suka dipuji itu adalah sia2 dalam sukacitanya. 3. Jangan bergantung kepada ibadah dan latihan rohani semata-mata, tetapi bergantunglah pada rahmatNya.

TURUNNYA AL-QURAAN.
Berikut serba sedikit perkongsian makluat tentang peristiwa Penurunan Al-Quran.Semoga mendapat manfaat bersama.. Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41). Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah. Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq. Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


AL-QURAAN TUNTUTANNYA Firman Allah SWT: “Bulan Ramadhan ialah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)”.. (Al-Baqarah : 185) Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan bulan diturunkan Al-Quran.Ramai di antara kita yang berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan yang mulia ini.Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang mengambil manfaat daripada setiap ayat Al-Quran yang dibaca? Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan(Al-Quran) untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (Surah Al-Qamar:22) “ Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”(Surah Muhammad : 24) Al-Quran juga digelar sebagai Al-Furqan, Az-Zikr, Al-Kitab yang merupakan petunjuk, pemberi peringatan kepada pembacanya, pembawa berita gembira buat orang-orang yang beriman,berita sengsara bagi orang-orang yang ingkar, mengkhabarkan tentang perkara-perkara ghaib, cerita para nabi sebelum Baginda Rasulullah SAW,membezakan antara yang hak dan batil, sumber utama rujukan dalam mengeluarkan hukum-hakam dan sebagainya.Justeru, Al-Quran yang merupakan Kalam Allah SWT, wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW perlulah kita hadam sebaiknya agar dapat memberi manfaat kepada hidup kita di dunia dan di akhirat.Al-Quran yang dibaca tanpa memahami maksud dan tafsirannya serupalah sepertimana kita membaca peta tetapi tidak memahami isi kandungan peta tersebut.Lantas, jalan manakah yang perlu ditempuhi?Malanglah apabila peta sudah ada di tangan, tetapi kita tetap dalam kesesatan kerana keengganan untuk mempelajari dan memahami peta tersebut. Bagaimanakah sikap para sahabat ketika mendengar Al-Quran dibacakan?Ketika penurunan Al-Quran di zaman Rasulullah SAW, para sahabat baginda ada yang terus menghafaz ayat-ayat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, ada pula yang mencatatkannya dilembaran-lembaran pelepah tamar, kulit kayu, kulit binatang, dan sebagainya. Pada zaman tersebut juga, apabila Al-Quran dibacakan kepada para sahabat, mereka akan terus menghafaz dan mengamalkan setiap ayat yang diturunkan kepada mereka.Mereka sangat menitikberatkan untuk mengamalkan Kalamullah hatta tidak akan menghafaz ayat yang berikutnya, selagi mana belum mengamalkan ayat yang dihafaz sebelum itu.Begitulah hebatnya iman para sahabat Nabi SAW.Mereka dengar, dan mereka taat.Lantaran itu,lahirlah generasi-generasi Al-Quran yang unggul.Hidup mereka lahir daripada acuan Al-Quran,serta mendapat tarbiyah secara langsung daripada Rasulullah SAW.Justeru, tidak mustahillah Rasulullah SAW menyifatkan bahawa zaman sahabat merupakan sebaik-baik kurun. Di dalam sebuah buku karangan Dr Safwat M. Halilovic berjudul “Hifz: Memorization of the Quran” menceritakan bahawa,sesiapa yang mempelajari perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW akan mendapati bahawa kehidupan baginda penuh dengan hubungan yang rapat dengan Al-Quran.Baginda sentiasa bersama dengan Al-Quran di dalam semua keadaan.Baginda akan membaca Al-Quran siang dan malam,ketika di rumah, mahupun diperjalanan.Tambahan lagi, kehidupan Baginda menggambarkan seorang model Al-Quran yang praktikal dari segala aspek kehidupan.Hal ini seperti mana yang telah dikhabarkan oleh Saidatina ‘Aisyah RA yang mengatakan bahawa akhlaq Rasulullah SAW adalah Al-Quran. Oleh itu para sahabat sekalian,bersempena dengan bulan yang padanya Al-Quran diturunkan, marilah kita bersama-sama membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita.Dampingilah Al-Quran, kerana dialah penawar dan pengubat segala duka dan keresahan, menjadi penghubung kepada hamba dengan Tuhan.Jiwailah Al-Quran, jadikanlah Al-Quran sebagai teman setia,kerana Al-Quran adalah sebaik-baik kalam, menjadi pengubat dan penawar penyakit yang berada di dalam jiwa.Bacalah Al-Quran dengan hati yang khusyuk, menangis mengharapkan keredhaan Tuhan. “Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”. (Surah Al-Isra’ :82) Ya Allah,kurniakanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah agar sentiasa istiqamah untuk membaca,memahami, mentadabbur,menghayati,menghafaz, dan mengamalkan Al-Quran hingga ke akhir hayat.Ameen.
Wallahu’alam

0 comments:

Post a Comment

slideshow skkb