|0 comments
|0 comments

TERUSKAN PERJUANGAN ATAS DASAR KETAKWAAN...
|0 comments
Nasihat Luqman Al-hakim Kepada Anaknya
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Surah Luqman; ayat 12
Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
|0 comments

sudut ilmu2

|0 comments

Apa rahsia wudhuk?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:

• aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

SUDUT ILMU.

|0 comments
BAHAGIAN AIR
S: Ada berapa bahagian air dan apakah pengertian setiap satu darinya?
J: Air terbahagi kepada empat:

1. Air yang suci lagi menyucikan,tidak makruh menggunakannya,iaitu air mutlak.
2. Air yang suci lagi menyucikan,makruh menggunakannya iaitu air yang terjemur dipanas matahari.
3. Air yang suci tidak menyucikan, iaitu air yang mustakmal dan air yang berubah dengan sesuatu yang suci.
4. Air mutanajis,iaitu yang jatuh ke dalam najis (huraian akan datang).
Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.
1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji
• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.

Qaid pada air itu dua bahagian
1. Qaid lazim,iaitu qaid yang tidak bercerai.Apabila disebutkan air nescaya disebut akan dia; seperti air tawar, air tebu,air kopi.
2. Qaid Terurai, iaitu qaid yang bercerai,yang tidak lazim bagi air, seperti air hujan,air sungai,air perigi,maka ini semua adalah mutlak.
Air Mustakmal
Air mustakmal ialah air kurang dari kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada menghilangkan najis. Jika dihimpunkan air yang mustakmal sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan menyucikan.
Air yang Berubah:
Air yang berubah yang tidak menyucikan ialah yang berubah dengan sesuatu yang asing yang suci yang bercampur dengannya,seperti kayu gaharu atau cendana,akan sebagai berubah yang hilang nama semata-mata air sehingga berkehendakkan kepada qaid ketika menyebutnya seperti air cendana, air gaharu.
• Tidak mengapa berubah sedikit
• Dan tidak mengapa berubah kerana lama bertakung ,dan berubah dengan sebab tanah dan tumbuh-tumbuhan air.
• Tidak mengapa berubah kerana sesuatu yang berdamping atau berhampiran (mujawir).
Air yang terjemur pada panas matahari (MUSYAMMAS)
Ialah air yang terjemur pada panas matahari pada negeri yang tersangat panas hawanya, didalam bekas yang lain dari emas dan perak.
Makruh menggunakan air yang terjemur itu pada badan,seperti bersuci ,dan makruh pada makan dan minum.
Tidak makruh pada pembasuh pakaian dan sebagainya,dan tidak makruh jika air itu sudah menjadi sejuk.
Air mutanajis
Air mutanajis ialah air yang jatuh najis ke dalamnya serta berubah rasa atau bau atau warna dan jika sampai kadar dua kolah sekalipun.Ataupun air yang tidak sampai dua kolah yang jatuh ke dalamnya najis dan tidak berubah rasanya atau baunya atau warnanya sekalipun.
• Tidak jadi najis benda yang cair jatuh ke dalamnya bangkai binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti bangkai lalat,semut dan sebagainya.
• Maksud jatuh itu ialah jatuh dengan sendirinya.
Sukatan dan timbangan dua kolah
S:Berapakah sukatan air dua kolah?
J:Sukatan dua kolah itu bersamaan dengan 13 tin minyak tanah yang biasa dan jika dinilai dari sudut timbangan ialah lima ratus kati Baghdad bersamaan lebih kurang 317 kati minyak tanah.
Ukuran bekas air yang bersamaan dia kolah
• Jika bekas itu bulat maka ukuran tinggi 2 ½ hasta dan ukuran lebar bulatannya satu hasta.
• Jika bekas empat persegi maka ukuran tinggi 1 ¼ hasta dan ukuran lebar tiap-tiap segi itu 1 ¼ hasta juga.
|0 comments
|0 comments

ISLAM DAN PERATURAN HUKUM ALLAH

Hukum Hudud yang kini gempar diutarakan dan menjadi salah satu faktor yang mencetuskan pergolakan dalam arena politik telah mengcetuskan rasa keperihatinan yang menggunung dalam diri saya. Oleh itu satu inisiatif untuk mendapatkan pendapat kedua tentang isu ini telah dijalankan dengan merujuk kepada Imam dikawasan saya yang berbangsa MELAYU.

Dengan segala patuh dan rasa hormat, saya ingin menyentuh tentang tujuan sebenar Hukum Hudud ini. Sebelum kita mengkritik dan memberi pandangan haruslah kita melapik perdebatan kita dengan ilmu. Kerana kata-kata tanpa ilmu diibaratkan membelah kayu api diatas kaki sendiri. Menurut Imam Syafie, setiap pandangan itu mesti berdasarkan atas ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan itu datangnya dari Tuhan yang menciptakan. Oleh itu mari kita hayati apakah sebab musabab lahirnya Hukum Hudud ini, bila harus dipraktikkan, untuk siapa, serta apakah platform yang perlu ada sebelum Hukum Hudud diimplementasikan.

Bukan semua Negara Islam mampu mengimplementasikan Hukum Hudud ini oleh kerana ditakuti mencetus kontoversi apatah lagi pada rakyat yang bukan Muslim. Pada zaman Rasulullah S.A.W. Hukum Hudud dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. Kecil disini bukan dimaksudkan dengan diambil ringan mahupun hanya sebagai alternatif terakhir. Yang ingin disampaikan adalah kecil yang bermaksud hadirnya hukum itu adalah pada keadaan yang memaksa disebabkan kesalahan disisi syariat yang jelas telah dilakukan. Sebagai contoh, untuk membuktikan mereka yang berzina (fornication) bukanlah suatu yang mudah. Tetapi perbuatan itu nyata perlukan Hukum Hudud jika kita hadirkan 4 orang saksi yang dipercayai untuk membuktikan tuduhan itu, melainkan perbuatan zina itu dilakukan dikhalayak ramai.

Jika kita merujuk pada surah An-Nur 1-19, Allah telah merangka hukum berzina kepada umat Islam dengan terang dan nyata. Disini saya sertakan sedikit dari potongan ayat itu untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang bukan Muslim.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13]

Sekarang mari kita berpindah pada isi kedua yakni untuk siapakah Hukum Hudud ini patut dilaksanakan. Dalam makluman saya, justifikasi yang ingin dijalankan dengan Hukuh Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan yang membolehkan Hukum Hudud ini dijalankan kepada yang bukan Muslim. Merujuk pada sirah Rasulullah S.A.W. terdapat juga golongan bukan Muslim dibawah naungan pemerintahan seorang Amir (ketua kerajaan atau organisasi Islam). Walaupun Hukum Hudud ini pastinya untuk umat Islam, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Dalam ertikata lain, lain agama, lain cara hukuman. Tetapi bagi agama yang tidak mempunyai kitab untuk merujuk rang undang-undang agama mereka, maka amat berpatutanlah jika dihukum dengan perundangan umum (tidak semestinya mesti Hukum Hudud) yang telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat. Pernah juga terjadi kes dimana orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi pada zaman kegemilangan Islam memilih Hukum Hudud oleh kerana hukuman yang lebih berat akan dilaksanakan jika menurut pada undang-undang agama mereka sendiri.

Dalam menyeru kepada menegakkan agama diatas keredhaan Allah Taala dengan melaksanakan agama Islam yang syumul (menyeluruh) ini dalam segala perspektif, kita harus berfikir sejenak (lebih lama lebih baik) jika terdapat lubang-lubang kelemahan dalam idea untuk mengaplikasikan Hukum Hudud ini. Ini membawa kita pada perbincangan tentang platform yang perlu ada untuk menyeru pada perlaksanaan Hukum Hudud. Untuk melaksanakan Hukum Hudud, pastinya kita perlukan kepada dua perkara; rakyat yang berugama Islam serta pucuk pimpinan dari seorang Muslim yang nyata.

Untuk ini saya akan membentangkan ertikata sebenar rakyat Islam yang dimaksudkan. Umat Islam disini harus dilihat dari sudut yang lebih agresif, mengapa? Ramai yang mengakui mereka beragama Islam tetapi tidak mendakap perasaan taat setia pada agama (Islam hanya pada nama) na’uzubillah. Oleh itu, adalah penting jika kita memastikan sebelum Hukum Hudud dilaksanakan, kita mengukur sejauh mana Islamiknya umat kita ni. Adakah mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang utuh dan patuh pada ajaran agama? Apakah dari segi akhlak, perlakuan, pemikiran serta pertuturan menunjukkan identiti Islam yang diakui?

Bagi mendefinisikan pemimpin Muslim yang dinamik ini, kita harus mencontohi corak pemerintahan Rasulullah sebagai pemimpin yang sempurna. Seorang pemimpin (Ameer) itu haruslah terdiri dari mereka yang dalam ilmu agamnya dimana mukanya bersinar cahaya keimanan, tingkah laku nya sejajar dengan kalimah Islamik yang dipertuturkannya dan kecerdasan mindanya membuktikan sifat khalifah yang telah Allah kurniakan padanya. Sifat Islamik yang ingin saya tekankan disini dapat dilihat dengan menghayati ayat ini: “Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)” [Asy-Syura:10].

Dalam satu sudut pandangan yang lain pula, saya ingin mengajak para pembaca cuba akalkan beberapa perkara.

a. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang ditetapkan agama jika diri tidak mempunyai hajat atau niat melakukan kesalahan?

b. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang dijalankan didunia? Apakah kepercayaan kita kepada hari akhirat dengan azab yang lebih menyeksakan itu tidak cukup untuk membina landasan taqwa(takut) pada Allah?

c. Daripada menyeru kepada Hukum Hudud, mengapa tidak kita menyeru kepada perlaksanaan cara hidup Islam (Ad-deen) yang lebih utuh dengan harapan kita bukanlah hanya sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material. Agar kita dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa Indah dan syumulnya agama suci Allah ini dimana setiap kalimah Quran membuktikan keesaan (satu dan yang tiada sekutu buatNya) dan kebesaranNya dan bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang disalah interpretasikan…!!!!!WALLAHUALAM BISSOWAB.

|0 comments
Harapan kepada gerakan Islam dipikul atas bahu pelapis islam ,jangan sesekali kamu leka..!!
|0 comments

ISLAM MENENTANG IDEOLOGI KOMUNIS


Islam adalah agama tauhid yang menolak semua fahaman atau ideologi yang tidak berpaksikan kepada kewujudan Allah sebagai tuhan sekelian alam. Sejak sebelum kehadiran Islam lagi sudah wujud kefahaman tidak bertuhan dan kini terdapat banyak fahaman moden sedemikian yang mendaulatkan kebebasan mutlak daripada prinsip ketuhanan dan agama.

Antara kefahaman sesat yang cukup popular dan mendapat perhatian ramai suatu ketika dahulu yang kini semakin lemah ialah komunisme. Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.

Komunisme yang berteraskan Marxisme berkembang pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam dan era pemerintahan kolonial sehingga fahaman berkenaan berjaya menguasai banyak negara besar seperti China, Rusia, Cuba dan lain-lain. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia Kedua dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet di mana ideologi ini juga berpandangan agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.

Namun begitu, zaman emas komunisme kini menuju kehancuran dan bakal runtuh apabila masyarakat dunia semakin menolak fahaman sesat berkenaan. Di samping fahaman tidak bertuhan dan agama, Islam juga dalam hal ini menentang keras aliran komunisme yang memerangi kekayaan dan hak pemilikan individu terhadap harta, meskipun harta berkenaan diperoleh dengan cara yang sah dan halal.

Ideologi sesat ini sangat bahaya kepada masyarakat kerana kemunculan semula gerakan senyap mengembalikan kegemilangannya semakin giat dilakukan terutamanya melalui medium internet seperti portal, blog dan lain-lain yang semakin bertambah dalam usaha meracuni pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda di seluruh dunia dan tidak terlepas juga kehadirannya di negara kita. Lebih membimbangkan apabila terdapat anak-anak muda yang mula bersimpati dengan fahaman dan pejuang fahaman ini.

Situasi ini perlu dipantau dan dikawal segera agar mereka tidak terpengaruh dengan kefahaman salah ini dan tersesat jauh. Semua pihak perlu berganding bahu menghalang dan memastikan agar kefahaman ini tidak menyerap masuk ke dalam masyarakat kita walaupun semua maklum bahawa fahaman ini telah gagal di kebanyakan negara dan ini bukanlah bermakna bahawa ideologi mereka juga gagal kerana masih ramai memujanya sehinggakan ada yang mengatakan komunisme tidak bersalahan dengan ajaran Islam yang melahirkan komunisme Islam.

Oleh itu, sikap berhati-hati dan berwaspada perlu diberikan penekanan dalam usaha menyekatnya daripada terus meracuni pemikiran masyarakat dan menggugat keamanan negara. Ini adalah kerana komunisme bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam malahan bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang menekankan konsep kepercayaan kepada Tuhan. Islam juga dalam perkara ini jelas menolak ideologi komunisme dan apa sahaja fahaman atau cara hidup yang menolak prinsip keadilan dan kemanusiaan.

Terdapat juga desakan daripada pihak-pihak tertentu untuk membenarkan pejuang fahaman sesat ini kembali semula ke negara kita atas dasar kemanusiaan. Namun, biar apapun alasan yang diberikan dan pujuk rayu yang dilakukan mereka yang bersimpati dengan pejuang dan ideologi ini, ianya tidak boleh sama sekali dibiarkan bertapak semula dan berakar di negara kita setelah apa yang telah berlaku di negara kita sebelum ini sehinggakan puluhan ribu nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban begitu sahaja. ....

slideshow skkb