Perselisahn para ulamak pada masalah cabang adalah rahmat Allah terhadap hambanya. Oleh kerana ada perbezan maka mudah bagi hamba Allah berbuat ibadat.
Sebagai contoh cuba kita lihat masalah wuduk bagi mereka yang hendak tawaf, mengikut Mazhab Syafie batal wuduk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal berkahwin, dengan itu telah kita ketahuai di dalam Masjid Haram orang terlalu ramai, jadi kita yang bermazhab Syafie sukar memelihara wuduk kita, maka di haruskan bagi kita bertaklid (mengikut pendapat) mazhab yang mengatakan tidak batal wuduk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal nikah.
Tetapi apibila sesaorang itu hendak bertaklid dia hendaklah mengikut syarat-syarat bertaklid.
Sekarang ini saya hendak membawa sebab-sebab asas yang menyebabkan berlaku perselisihan.
Sebab perselisihan yang asas adalah sumber hukum yang bebeza.
Cuba kita lihat sumber hukum tiap-tiap mazhab:
1. Mazhab Hanafi:
• Al-Qurannul-Karim.
• Sunah Rasululah yang sahih dan mashur sahaja.
• Ijmak sahabat Nabi.
• Qiyas.
• Istihsan (kebaikan umum)
1. Mazhab Maliki:
• Al-Qurannul-Karim.
• Sunah Rasululah yang sahih menurut pendapat b eliau.
• Amalan para ulamak ahli Madinah ketika itu.
• Qiyas.
• Masalihu mursalah (kepentingan umum.
1. Mazhab Syafie:
• Al-Qurannul-Karim.
• Sunah Rasululah yang sahih menurut pendapat beliau iaitu:
1. Hadis mutawatir.
2. Hadis ahad yang sahih.
3. Hadis mashur yang sahih.
• Ijmak mujtahidin
• Qiyas.
1. Mazhab Hambali:
• Al-Qurannul-Karim.
• Ijmak sahabat Nabi
• Sunah Rasululah termasuk hadis mursal dan hadis dha’if
• Qiyas.
Ke empat-empat mazhab menjadika Al-Quran sumber utama.
Sedagkan pada hadis ada perbezan, tiga mazhab meletakkan hadis sumber hukum yang kedua manakala mazhab Hambali meletaknya pada tempat ketiga dan mendahulukan ijmak sahabat Nabi.
Cuba lihat syarat meletakkan hadis sumber hukum, ada perbezan, mazhab hambali meletakkan hadis daif sebagai sumber hukum kerana pendapatnya hadis walaupun dha’if hendaklah didahulukan daripada pendapat mujtahidin.
Istihsan pula menjadi sumber hukum mazhab Hanafi sedangkan tiga mazhab lagi tidak mengambilnya sebagai sumber hukum.
Istihsan ialah kebaikan umum atau yang lebih baik sebagai contoh perempuan yang berjunub dilarang membaca Al-Quran sepertimana didalam hadis Nabi. Dengan dalil ini adakah perempuan yang sedang haidh termasuk didalam larangan ini atas jalan qias.
Maka mazhab Hanafi membolehkan perempuan sedang haidh membaca Al-Quran kerana yang lebih baik baginya dibenarkan membaca Al-Quran kerana masa haidh adalah panjang sedangkan masa junub boleh ditamatkan dengan mandi.
Dengan ini dapat kita faham selain hendak menqias seorang mujtahid itu juga mesti memerhatikan mana yang lebih baik.
Manakala mazhab Maliki ketungalan menjadikan masalih mursalah sumber hukum.
Manakala mazhab ialah kepentingan umum sebagai contoh harus membunuh tawanan perang islam yang dijadikan benteng supaya dapat mengalahkan musuh. Sekiranya tawanan perang ini tidak bibunuh sama, maka kita tidak dapat mengalahkan musuh dan mereka akan dapat masuk kedalam kawasan islam dan membunuh lebih ramai lagi.
0 comments:
Post a Comment